web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Isteri MB Perlis Tuntut Mutaah, Nafkah Tertunggak RM15.43 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 7:39PM

Azlan Man - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas isteri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak berjumlah RM15.34 juta di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mendakwa diceraikan tanpa sebab, April lepas.

Menurut kenyataan diperoleh pihak media, Sova Ali, seorang warga Indonesia, menuntut mutaah RM15 juta daripada Azlan, yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bintong kerana mendakwa telah diceraikan tanpa sebab dan tanpa kebenaran mahkamah.

Sova turut mengemukakan tuntutan nafkah tertunggak berjumlah RM344,250 atas dakwaan beliau tidak diberikan nafkah semasa dalam tempoh perkahwinan mereka.

Beliau juga akan memfailkan tuntutan harta sepencarian bagi memperoleh pelbagai aset yang dimiliki dalam tempoh perkahwinan mereka di Selangor, Perlis dan luar negara selain tuntutan nafkah idah yang jumlahnya akan ditentukan kemudian.

"Kedua-dua kes (tuntutan) ini telah ditetapkan untuk Majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 15 Disember ini," menurut kenyataan itu.

Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Sova, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Rashidah Sapingi @ Shafie membenarkan pihaknya menyerahkan saman dan penyata tuntutan di luar Selangor iaitu di Perlis.

Pada 25 Ogos lepas, pasangan itu disahkan bercerai oleh Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim dengan talak satu pada prosiding yang berlangsung secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Abdullah Zuhdee mengesahkan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak berhubung perceraian yang dilafazkan oleh Azlan di Jakarta, Indonesia pada 23 April lepas.

Azlan, 63, dan Sova, 40, berkahwin pada 21 Mac 2010 di Perlis namun tidak dikurniakan cahaya mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

Himpunan Kemuka 3 Tuntutan, Bantah Keputusan Lepas Tanpa Bebas Ahmad Zahid

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: Tiada Mekanisme Pengawasan Sebabkan Proses Timbang Tara Disalah Guna - Azalina

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad