web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 6:47PM

Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding secara baik untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut, di luar mahkamah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini diberitahu bahawa Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding secara baik untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut, di luar mahkamah.

Peguam pemerhati Nazri Yahya yang mewakili Emilia, memaklumkan kepada Majistret Nadia Othman bahawa kedua-dua pihak berhasrat untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah secara serius dan memohon untuk melapangkan prosiding perbicaraan pada hari ini sebelum mengetahui status rundingan pada tarikh akan datang.

“Hari ini, Emilia yang merupakan saksi terakhir dan pengadu dalam kes ini, sepatutnya perlu memberi keterangan, bagaimanapun saya ingin memaklumkan bahawa pihak-pihak (Emilia dan SM Faisal) berhasrat untuk berunding secara serius untuk menyelesaikan kes.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada peguam SM Faisal dan kami akan memakluman status rundingan itu kepada mahkamah sebelum atau pada 30 Mac,” kata peguam itu pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal turut mengesahkan perkara itu dan rundingan akan dilakukan mengikut cadangan yang tertakluk kepada terma anak guamnya.

“Saya memohon mahkamah merekodkan sekiranya tiada penyelesaian, pihak kami tidak mahu membuang masa dan akan meneruskan perbicaraan pada 30 Mac. Saya tiada bantahan terhadap permohonan untuk melapangkan kes hari ini,” katanya.

Majistret Nadia kemudian menetapkan 30 Mac ini untuk mengetahui status rundingan berkenaan.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Akberdin mengesahkan rundingan itu termasuk kes tuntutan harta sepencarian dan mutaah pasangan itu di Mahkamah Syariah.

“Kalau ada penyelesaian, kita berhasrat untuk selesai semua kes termasuk di Mahkamah Syariah. Ia bergantung kepada terma dan persetujuan kedua-dua pihak. Kes ini sudah berjalan terlalu lama, kita mahu tamatkannya,” katanya.

SM Faisal, 43, didakwa mencederakan Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang 22 Nov 2015 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad