web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tiba Di Mahkamah Untuk Semakan Keputusan Kes SRC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:57AM

Kenderaan membawa Najib Razak ketika tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi tadi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mendengar keputusan terhadap permohonannya untuk menyemak semula sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International.

Beliau dilihat memasuki pekarangan di Mahkamah Persekutuan pada jam 8.36 pagi dengan diiringi kenderaan polis dan pegawai Jabatan Penjara.

Prosiding bermula pada jam 9.02 pagi.

Beberapa minit sebelumnya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat duduk bersama di galeri awam sementara menunggu prosiding bermula.

Rosmah Mansor ketika tiba di mahkamah - Gambar oleh Azim Rahman
Rosmah Mansor ketika tiba di mahkamah - Gambar oleh Azim Rahman

Najib memakai sut berwarna hitam dan bertali leher, sementara Rosmah mengenakan baju kurung hijau. 

Mereka dilihat sedang berbual dengan beberapa pegawai penjara yang duduk berdekatan mereka.

Permohonan Najib untuk mendapat kebenaran semak sabitan, hukuman pagi ini akan diputuskan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Hakim lain yang turut bersidang ialah Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Najib memohon diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhirnya oleh panel yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Tuan Maimun Tuan Mat pada pada 23 Ogos tahun lalu dan jika dibenarkan, memohon perintah supaya dibebaskan atau secara alternatif, rayuan akhirnya didengar panel lain.

Permohonan kebenaran bagi semakan itu dibuat mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Muhammad Shafee Abdullah - Gambar oleh Azim Rahman
Muhammad Shafee Abdullah - Gambar oleh Azim Rahman

Najib diwakili peguam senior, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk V Sithambaram bertindak sebagai responden yang mewakili Pendakwa Raya dalam permohonan semakan itu.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati bekas perdana menteri itu bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu. – Getaran, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

4

Semasa 5 hari yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

2

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

3

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

4

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

5

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

6

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 minit yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad