web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah Anak Yatim Darul Aitam Dijadikan Perintis Program Literasi Digital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 11:13AM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang menjadikan Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam Walmasakin di sini sebagai perintis program pendidikan literasi digital untuk anak yatim sebelum ia diperluas kepada rumah anak yatim lain di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata program sedemikian adalah sebagai usaha memastikan golongan itu celik digital.

Beliau berkata perancangan pengisian program itu akan melibatkan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan Rakan Digital PEDi akan hadir ke rumah anak yatim itu untuk mengadakan kelas bimbingan digital kepada anak yatim berkenaan.

"Saya akan minta (bantuan daripada pihak PEDi) yang terdekat, saya difahamkan dari PEDi Seberang Terus … saya nak minta datang tengok survey sikit, tengok apa boleh kita buat dan apa program bersesuaian (dengan persekitaran anak yatim)," katanya kepada pemberita selepas singgah sahur bersama anak yatim di rumah anak yatim itu hari ini.

Pada program singgah sahur itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan baju raya kepada 42 anak  yatim di situ selain sumbangan kipas dan televisyen kepada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan.

Fahmi berkata pendekatan itu sebagai satu daripada usaha untuk memastikan anak yatim berkenaan bersedia untuk menghadapi keadaan ekonomi digital yang banyak peluang dan cabaran setelah mereka dewasa kelak.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan cuba membantu pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mendapatkan bantuan tambahan untuk pengoperasian mereka seperti dimohon pengurusan rumah anak yatim itu.

"Saya juga menerima permohonan mungkin bantuan tambahan, daripada pihak pengurusan. Insya-Allah, saya akan teliti, kita akan usaha, beberapa pihak mungkin dapat bersama untuk membantu.

"Jika kita lihat keadaan sekarang, memang banyak organisasi ataupun institusi yang memerlukan sokongan daripada badan korporat, tokoh korporat, saya rasa masa yang sesuailah untuk kita reach out tokoh ini untuk sama-sama membantu," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad