web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Puji Sikap Hun Sen Yang Hormati Kaum Muslim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:40PM

Anwar Ibrahim bersama Hun Sen selepas sidang media di Phnom Penh hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji sikap rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Sen, yang telah sekian lama menunjukkan penghormatan tinggi terhadap komuniti Muslim di negara berkenaan.

Perdana Menteri berkata di kala sentimen anti-Muslim dan Islamophobia tersebar luar di Eropah, Hun Sen sebaliknya mempamerkan penghormatan tinggi kepada komuniti Muslim di negara itu, walaupun ia merupakan kumpulan minoriti di negara berkenaan.

"Majlis perhimpunan (berbuka puasa) bagi kaum Muslim sempena bulan Ramadan di sini, amat menarik sekali. Walaupun kaum Muslim merupakan kumpulan minoriti di negara ini, namun di sini ada pemimpin yang berpandangan jauh, menghormati kaum lain, termasuk Muslim.

“Saya harap lebih banyak negara di dunia ini yang dibelenggu gejala perkauman agar dapat belajar mengenai rasa hormat sebagaimana yang ditunjukkan di Kemboja di bawah pentadbiran Hun Sen, mereka menunjukkan toleransi kepada kaum-kaum lain,” katanya semasa berucap di majlis Iftar Makan Malam yang dihoskan oleh Hun Sen di Chroy Changvar International Convention and Exhibition Centre (CCIC) di sini.

Semasa Iftar (berbuka puasa) Anwar turut menyampaikan sumbangan 1,000 naskah terjemahan al-Quran ke bahasa Khmer dan Inggeris, kepada komuniti Muslim di Kemboja.

Beliau turut menyampaikan biasiswa oleh Universiti Binary, Malaysia bernilai US$1.1 juta kepada 15 pelajar terpilih Kemboja untuk mengikuti kursus selama empat tahun.

 Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mendoakan kejayaan Kemboja dalam menganjurkan temasya Sukan SEA 2023 Mei ini. 

Beliau juga menyatakan komitmen Malaysia untuk terus merapatkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 66 tahun lepas dan menghargai sikap tolerasi ditunjukkan Kemboja kepada semua kaum dan agama yang ada. 

"Seperti saya sebut tadi, ini akan jadi contoh kepada negara lain yang benci kaum lain, agama lain dan golongan minoriti. Belajarlah dari  Kemboja yang menunjukkan agama adalah untuk toleransi dan kasih sayang," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad