web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pameran Kesihatan Tidur AmLife, Bantu Rakyat Malaysia Atasi Pelbagai Masalah Isu Kekurangan Tidur 

Sebuah inisiatif dalam usaha memberi pendidikan bagi menangani isu-isu tidur pentingnya kualiti tidur bagi menjamin kesihatan badan serta ‘Rahsia Awet Muda’ menerusi tidur regenerative.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 8:00AM

AmLife juga turut membincangkan ‘Rahsia Awet Muda’ menerusi tidur regeneratif dengan teknologi unik yang diperkenalkan dari Jepun AmLife DeepZleep AmSonic. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Secara amnya, tidur diperlukan untuk merehatkan diri dan minda, terutamanya jika tubuh badan berada dalam kepenatan setelah seharian bekerja. Sungguh nikmat rasanya jika dapat tidur apatah lagi ditemani tilam dan bantal empuk.

Bersempena Hari Tidur Sedunia 2023 yang berlangsung baru-baru ini, AmLife International Sdn Bhd sekali lagi kembali untuk menganjurkan inisiatif acara pameran, ‘Tidur Amat Penting Demi Kesihatan’ bersama Persatuan Tidur Sedunia.

Pameran tersebut adalah sebuah inisiatif dalam usaha memberi pendidikan bagi menangani isu-isu tidur yang semakin berleluasa dan berkenaan pentingnya kualiti tidur bagi menjamin kesihatan badan menerusi acara kesihatan tidur meliputi Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.

Menurut laporan dalam Jurnal Perubatan dan Sains Kesihatan Asia, perangkaan menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami penyakit insomnia (kesukaran tidur) dan satu atau lebih masalah berkaitan tidur.

Seramai 35 peratus rakyat Malaysia dibelenggu gangguan tidur, dengan lebih daripada 53 peratus tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada jumlah tidur minimum 7 jam sehari manakala sekurang-kurangnya 51 peratus pula mengalami tekanan berkaitan kerja. 

Sementara itu, satu laporan tinjau selidik dalam talian oleh Perkhidmatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Sains Kesihatan dan beberapa universiti tempatan mendapati pada 2021, sebanyak 54 peratus daripada 11,356 dewasa yang bekerja tidak mendapat tidur yang secukupnya. 

Pengasas Presiden AmLife Lew Mun Yee
Pengasas Presiden AmLife Lew Mun Yee

Antara faktor yang menyumbang kesan tidak cukup tidur tersebut termasuk menjaga anak, gaya hidup, keadaan tidur kurang baik dan isu kesihatan mental.

Lantaran itu, pendidikan tidur kini semakin diberi penekanan memandangkan gangguan tidur boleh mencetus pelbagai masalah kronik seperti diabetes jenis, sakit jantung, kegemukan, kemurungan dan penyakit berkaitan keimunan.  

AmLife juga turut membincangkan ‘Rahsia Awet Muda’ menerusi tidur regeneratif dengan teknologi unik yang diperkenalkan dari Jepun AmLife DeepZleep AmSonic. 

Peranti ini menyediakan tiga jenis konsep terapi revolusioner termasuk Terapi Potensi Elektrik, Terapi Frekuensi AmSonic dan Terapi Haba. 

Kombinasi terapi ini menghasilkan kesan yang menggalakkan tidur regeneratif pertama dunia demi kesejahteraan rohani dan jasmani keseluruhan, membolehkan anda memulihkan semula kesihatan sambil anda tidur. 

Selain itu, mereka turut mempelopori usaha terbaharu iaitu AlphaCelle yang merupakan klinik pertama untuk menggabungkan sel stem, potensi elektrik tinggi dan eksosom untuk rawatan regeneratif. Ini dapat membantu lebih ramai orang melengahkan penuaan, mengurangkan penyakit dan menikmati kehidupan berkualiti pada usia emas.  

Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia perlu mengambil berat tentang kualiti tidur yang baik. Walau sibuk macam mana sekalipun, gaya hidup yang sihat perlu diterapkan dalam kehidupan kerana menjaga kesihatan adalah tanggungjawab masing-masing. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Amlife. - Getaran, 18 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PAS Tidur Sebantal Dengan UMNO, Mustahil Untuk Bersama PH Di Pahang

2

Refleksi 4 tahun yang lalu

Tidak Bangun Solat Subuh Kerana Dikencing Syaitan?

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

5 Aplikasi Bantu Dapatkan Tidur Lena

4

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Hello 'Army'! Ini 6 Rahsia Tidur Nyenyak Seperti BTS!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad