web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Aplikasi Bantu Dapatkan Tidur Lena

Jika dapat tidur yang berkualiti, badan terasa lebih segar malah jadi kian peka dan hati berlagu riang.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 6:30PM

Gambar: Bruce Mars, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuba perhatikan pola tidur anda. Dalam sehari berapa lama anda peruntukan masa untuk tidur? Secara purata, setiap individu menggunakan satu pertiga daripada hidup untuk tidur. 

Tidur mungkin kelihatan seperti satu aktiviti untuk berehat sepenuhnya, tetapi hakikatnya ketika tidur tubuh badan kita sebenarnya sedang bekerja keras untuk pulih. Sebab itu, jika mendapat tidur yang berkualiti, badan terasa lebih segar. Malah menjadi lebih peka dan hati berlagu riang. 

Bagaimanapun, tidak semua orang mampu mendapatkan tidur lena dan berkualiti atas sebab-sebab tertentu. Situasi ini sudah tentu menjengkelkan lebih-lebih lagi jika badan berasa penat, tetapi setelah berbaring di katil mata masih tidak mahu lelap. 

Antara punca kepada masalah ini adalah menggunakan telefon pintar sehingga hampir dengan waktu tidur, mengambil kafein kurang daripada 5 jam sebelum tidur, tekanan, jadual tidur yang tidak konsisten serta pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dan pil menurunkan berat badan.

Jika anda salah seorang yang bergelut dengan masalah ini, apa kata muat turun salah satu aplikasi berikut untuk membantu mendapatkan tidur lena. Memang benar nasihat pakar perlu diutamakan, tetapi tidak salah berusaha dengan alternatif lain. Jika situasi semakin memburuk, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk nasihat perubatan.

 

1) Relax Melodies

Aplikasi Relax Melodies direka untuk menjadi ‘sleep-aid’ paling berkesan agar anda tidur dengan cepat dan segar apabila bangun. Dengan lebih daripada 100 bunyi relaksasi dan melodi menenangkan, aplikasi ini juga menyediakan program meditasi untuk pengalaman waktu tidur yang diidamkan.

Pembangun aplikasi ini bekerjasama dengan pakar tidur untuk memastikan kandungan dan teknik yang dipersembahkan membantu anda mengatasi insomnia, kegelisahan dan meredakan tekanan harian. “Berehatlah, tarik nafas dalam-dalam dan sertai kami dalam perjalanan yang tenang untuk tidur!”- itu antara kata-kata yang tertera pada penerangan aplikasi ini.

 

2) Sleep Sounds

Sleep Sounds yang dibangunkan oleh Craftsman Spirit ini mendapat ulasan 4.6 bintang di Google PlayStore dan sehingga kini ia telah dimuat turun lebih daripada 1 juta. 

Aplikasi ini berfungsi seperti yang dinyatakan. Ia mempunyai bunyi berkualiti tinggi dan menenangkan untuk tidur yang lebih baik dan tidak terganggu. Pilih daripada 12 suara alam yang boleh disesuaikan dan pilih tempoh masa yang diinginkan sehingga aplikasi dimatikan secara automatik setelah anda terlena.

3) Sleep As Android

Aplikasi Android ini direka untuk mengesan kitaran tidur anda dan mengukur kualitinya dari segi jangka masa, defisit, peratusan tidur nyenyak, berdengkur, kecekapan dan tidak teratur. Ulasan terperinci tentang corak tidur anda boleh membantu anda membuat penyesuaian untuk tidur malam yang lebih baik. 

Aplikasi ini bukan sahaja boleh digunakan pada telefon pintar tetapi ia juga sesuai dengan pelbagai peranti Galaxy Gear, Garmin dan Mi Band.

 

4) Sleepa

Biarpun baru diperkenalkan tahun ini, aplikasi ini mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan. Sehingga kini ia telah meraih lebih 5 juta muat turun dan mendapat ulasan 4.5 bintang di Google PlayStore.

Sleepa membawakan koleksi suara definisi tinggi hebat dan boleh dikombinasikan ke dalam suasana santai yang sempurna. Anda boleh memilih pelbagai jenis hujan, bunyi alam, suara bandar, bunyi putih atau alat muzik.

Anda boleh menjadualkan pemasa yang akan menghentikan aplikasi secara automatik. Satu kelebihan aplikasi ini ialah ia tidak memerlukan sambungan internet. Ini bermakna anda boleh menggunakannya di mana sahaja tanpa perlu risau tentang data.

 

5) White Noise Lite 

Kadang-kala, anda tidak dapat mencari bunyi yang tepat untuk membantu anda tidur. Oleh itu, buat sendiri! Aplikasi White Noise Lite membolehkan anda membuat gabungan bunyi anda sendiri. Bahkan, anda boleh merakam dan menyelitkan suara anda sendiri untuk dimainkan kemudian.

Aplikasi yang sudah mendapat 5 juta muat turun ini disertakan dengan 40 bunyian sebagai sebahagian daripada aplikasi (tidak perlu memuat turun melainkan anda mahukan lebih banyak). Bunyian ini termasuklah bunyi putih, bunyi mekanikal seperti kipas bilik tidur atau penghawa dingin, hujan, deruan air, ombak dan banyak lagi.  Aplikasi ini juga tidak memerlukan penstriman untuk main balik.

Pilihlah aplikasi yang dirasakan sesuai dengan anda. Moga selepas ini tidur anda bertambah lena. - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

3

TARA 3 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bakal Haji Perlu Muat Turun Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN