web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Bangun Solat Subuh Kerana Dikencing Syaitan?

Persoalannya benarkah itu berlaku atau sekadar momokan orang-orang tua dahulu untuk memastikan anak-anak bangun menunaikan solat Subuh?

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 11:30AM

Gambar Hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin anda pernah mendengar dakwaan yang mengatakan apabila seseorang itu tidak sedar untuk menunaikan solat Subuh, dia sebenarnya telah dikencing oleh syaitan.

Persoalannya benarkah itu yang berlaku? Atau ia hanya sekadar momokan orang-orang tua dahulu untuk memastikan anak-anak bingkas bangun untuk menunaikan solat Subuh?

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Berdasarkan entri di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sememangnya terdapat di dalam hadith sahih bahawa orang yang tidur dan tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh adalah disebabkan telah dikencing oleh syaitan. Hadith diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

Diceritakan kepada Rasulullah SAW terdapat seorang lelaki yang telah tidur sehingga berlalu waktu Subuh, lalu Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Lelaki itu telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda SAW bersabda: “Di telinganya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini di dalam bab orang yang tidur dan tidak mengerjakan solat disebabkan telah kencing oleh syaitan di telinganya. 

Hadith ini menunjukkan kinayah bahawa syaitan telah menutup telinga orang yang tidur daripada solat (tidak mengerjakannya) sehingga dia tidak mendengar seruan azan dan dikatakan juga bahawa maknanya adalah syaitan telah memenuhkan telinganya dengan perkara-perkara batil maka terhijab telinganya daripada mendengar seruan azan. 

Ingat! Solat itu adalah tiang agama. Seperti yang telah dikhabarkan oleh Rasullulah SAW, solat merupakan perkara yang pertama akan dihisab di akhirat kelak. Jadi, jangan sesekali meninggalkan solat. Lebih-lebih lagi dengan sengaja!

Berikut adalah tip untuk mudah bangun awal untuk menunaikan solat subuh. Tip ini dikongsi oleh The Solusi, - Hati ke Hati di akaun Facebook mereka.

1. Tidur awal. Lepas jam 10 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang satu jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.

2. Kurangkan melihat gajet selepas pukul 10 malam. Ini kerana salah satu sebab mengapa kita susah untuk bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.

3. Maghrib dan Isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita terlewat untuk solat Maghrib dan Isyak. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun Subuh.

4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun Subuh. Jangan tidur selepas menonton filem. Jangan tidur selepas baca gosip rampas suami orang. 

5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, apabila tersedar, kita lupa hendak membaca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun Subuh.

6. Minta pada Allah untuk bangun Subuh.  Ini kerana kekuatan bangun Subuh ini juga ada pada Allah. “Bangunkan aku wahai Allah esok hari”. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh. - Getaran, 20 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 2 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan