web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KTMB Diminta Sediakan Perkhidmatan Percuma Kepada Pesakit Kanser Kanak-Kanak, Penjaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:08PM

Loke berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan perjalanan pesakit yang perlu menerima rawatan di ibu kota. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) telah meminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan percuma kepada pesakit kanser kanak-kanak dan penjaga.

Menterinya Anthony Loke berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan perjalanan pesakit dan penjaga yang perlu menerima rawatan di ibu kota terutamanya mereka yang berasal dari Semenanjung.

“Saya difahamkan ramai pesakit dari negeri-negeri perlu datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan ... di Semenanjung, kita (MOT) boleh tawarkan perkhidmatan kereta api (percuma) dan saya telah minta Ketua Setiausaha MOT untuk buat susulan dengan KTMB mengenai perkara ini.

“Dari segi mekanisme, MOT boleh aturkan dengan KTMB dan itu sesuatu yang boleh kita laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Childhood Cancer Support (CANSupport) di sini hari ini.

Loke berkata MOT dan KTMB perlu mencari kaedah integrasi antara aplikasi CANSupport dan  KTMB Mobile bagi membolehkan golongan terlibat memanfaatkan perkhidmatan tersebut.

“Jadi apabila mereka datang untuk rawatan, mereka boleh tempah tiket melalui aplikasi itu. Kita perlu memahami mekanisme tersebut lebih lanjut dan bagaimana kita mahukan bantuan ini disalurkan dengan mudah,” katanya.

Aplikasi CANSupport merupakan kerjasama antara Tata Consultancy Services Malaysia dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Dalam pada itu, Loke berkata MAG melalui Malaysia Airlines telah bersetuju memberikan sumbangan penerbangan percuma kepada pesakit kanser kanak-kanak terutamanya dari Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan rawatan di ibu negara.

Beliau turut mengalu-alukan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi untuk  menyokong inisiatif tersebut dengan menawarkan perkhidmatan sama kepada golongan terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad