web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 7:04AM

Pusat perubatan yang disenarai pendek dipilih dengan teliti menerusi proses yang ketat pada 2022 membabitkan analisis data serta penilaian di lapangan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memperkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana pertamanya dengan menyenarai pendek empat pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara, Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya.

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam kenyataan semalam memaklumkan program itu memainkan peranan penting dalam mentransformasi ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini.

“Melalui program ini, hospital terkemuka negara sedang mempergiat komitmen dan usaha mereka bagi meningkatkan tahap kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pesakit sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi selamat dan boleh dipercayai bagi penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut pusat perubatan yang disenarai pendek dipilih dengan teliti menerusi proses yang ketat pada 2022 membabitkan analisis data serta penilaian di lapangan.

“Sebagai menyokong pelan pertumbuhan semasa Tempoh Pecutan 2023-2025, finalis yang disenarai pendek akan diberikan beberapa insentif.

“Insentif ini termasuk pemudah cara pantas untuk menyokong pencapaian pembangunan, fleksibiliti konsep ujian dengan teknologi penjagaan kesihatan sandbox dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan sama memaklumkan Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana akan mempromosi inovasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan, membawa mereka lebih dekat untuk mencapai sistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan untuk negara dan menjadikan Penjagaan Kesihatan Malaysia sebagai jenama penjagaan kesihatan sejagat yang dikenali dan berwibawa.

“Sehubungan itu, saya dengan sukacita mengumumkan peruntukan Elaun Cukai Pelaburan (ITA) untuk finalis Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana, yang membolehkan hospital disenarai pendek kami yang mempunyai sumber untuk membuat perbelanjaan modal yang layak bagi menyokong rancangan pertumbuhan mereka semasa tempoh pecutan dari 2023 hingga 2025.

“Elaun ini akan meliputi pelaburan teknologi yang bertujuan memacu transformasi digital dalam penjagaan kesihatan selaras dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 Malaysia,” katanya.

Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana adalah kerjasama antara MHTC dan badan akreditasi perubatan sejagat IQVIA dan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar