Berita Terkini

1 jam yang lalu: MOF akan pertimbang peruntukan RM45.5 juta untuk naik taraf Kompleks Sultan Abu Bakar bagi tangani masalah kesesakan - Ahmad Maslan 3 jam yang lalu: Jepun umum kawalan eksport peralatan cip 3 jam yang lalu: Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan 3 jam yang lalu: JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan, sebaliknya bantu mangsa 3 jam yang lalu: China mula buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing

IKUTI KAMI


Menu Rahmah Tiada Sambutan: Kementerian Arah Siasat Segera, Bantu Peniaga

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:13PM

Fuziah memandang serius insiden tersebut memandangkan ia membabitkan inisiatif dihasratkan kerajaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah mengarahkan pihak berkaitan mengambil langkah segera untuk menyiasat dan membantu seorang peniaga program Menu Rahmah yang mendakwa terpaksa menghentikan jualan makanan itu kerana ia tidak menerima sambutan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, beliau memandang serius insiden tersebut memandangkan ia membabitkan inisiatif dihasratkan kerajaan.

Katanya, pihak kementerian mengetahui isu terbabit sejak semalam, selepas menerima kiriman video memaparkan peniaga itu mengatakan tidak mampu meneruskan jualan Menu Rahmah.

“Sejak ia dilaksanakan, ramai memberikan reaksi positif mengenai Menu Rahmah. Secara peribadi, saya sendiri sangat terharu dengan sambutan daripada pemilik restoran yang sukarela menyahut seruan kerajaan untuk saling berkongsi. Ada yang dapat untung berganda kerana pemasaran percuma daripada media.

“Setelah sekian lama, tengah hari semalam, sampai kepada saya satu video tular berkenaan seorang pemilik restoran di Pulau Pinang yang terpaksa menarik balik Menu Rahmah kerana tidak menerima sambutan.  

“Saya terus hubungi sahabat saya Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Sin kerana restoran tersebut berada di kawasannya dan beliau bersetuju untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Fuziah berkata, pihak kementeriannya juga akan mengambil pelbagai tindakan bersesuaian, termasuk sedang melakukan penyelesaian jangka pendek bagi membantu peniaga tersebut.

Justeru, beliau sudah meminta Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melihat perkara itu secara terperinci agar penyelesaian mampu dilakukan.

Malah, Fuziah menegaskan, beliau memandang serius sebarang aduan apatah lagi sekiranya ia membabitkan kebajikan rakyat.  

“Sehubungan itu, saya juga sudah mengarahkan KPDN Pulau Pinang turun padang melihat apa yang boleh dibantu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung tindakan pemilik restoran Tong Kayu Kafe di Pulau Pinang menghentikan jualan Menu Rahmah kerana mendakwa ia tidak mendapat sambutan daripada pembeli, sejak dilaksanakan bulan lalu.

Malah, kedudukan lokasi premis yang dikatakan kurang sesuai juga, menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan berkenaan.

Pemilik restoran itu, Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, berkata, dia memperkenalkan hidangan Menu Rahmah untuk nasi ayam kicap dan nasi ayam goreng kunyit berharga RM5 setiap sajian sejak 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, berikutan tiada sambutan, dia terpaksa menghentikan jualan hidangan itu Khamis lalu.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berpandangan, hidangan terbabit tidak mendapat sambutan berikutan peniaga terlalu fokus untuk menjual Menu Rahmah semata-mata, sehingga menimbulkan kerugian kepada mereka.

Jelasnya, ramai peniaga dan penjaja menyokong inisiatif kerajaan itu, susulan ia memberi manfaat kepada rakyat, namun pelaksanaannya perlu disusuli dengan ekosistem lengkap agar perniagaan terus berjaya.

“Mungkin menu disediakan tidak memberangsangkan serta kurang menyelerakan kepada pengunjung, meskipun ia adalah inisiatif peniaga untuk memberi ruang kepada masyarakat menikmati makanan dengan harga murah. Sukar untuk peniaga yang hanya mengusahakan kedai makan sahaja menjual produk mereka.

“Berbeza seperti contoh di Mydin, mereka boleh menawarkan pelbagai Menu Rahmah dan pada masa sama, orang ramai boleh membeli barang keperluan lain. Kalau tidak untung hidangan itu, keuntungan barang lain akan meningkat,” katanya.

Rosli berkata, walaupun peniaga dan penjaja mempunyai jiwa murni untuk membantu golongan memerlukan seperti disarankan kerajaan, mereka juga perlu memikirkan soal keuntungan serta kelangsungan hidup sendiri.

“Kita tahu peniaga, khususnya penjaja kecil keuntungan mereka tidak besar, sehari hanya boleh dapat RM100 menjadikan mereka hanya mendapat keuntungan RM3,000 sebulan. Kalau mereka buat Menu Rahmah, jumlah sehari itu boleh turun kepada RM60.

“Saya sarankan supaya kalau Menu Rahmah ini dapat sambutan, boleh teruskan. Keperluan untuk peniaga melihat kepada kemampuan diri.

“Jika peniaga nak buat Menu Rahmah, sediakan dalam hanya dua hidangan sahaja dan makanan lain jual sahaja pada harga biasa.

“Cadangan itu membolehkan pengunjung mempunyai pilihan untuk memilih Menu Rahmah atau pelbagai lauk yang lebih memikat selera orang ramai,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

2

TARA 1 minggu yang lalu

Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Cuba Sendiri Menu Siswa Rahmah  

4

Kolum 2 minggu yang lalu

Pendapatan Pasif Dalam Menangani Kos Sara Hidup, Pemuzik Harus Celik Kewangan  

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Alu-Alukan Jawatan Tetap Tanpa Pencen Jika Diganti Dengan KWSP

oleh Susan Albert

Semasa 17 jam yang lalu

Kes Demam Denggi Melonjak Lebih 200 Peratus

oleh Farhana Farush

Semasa 3 jam yang lalu

Cukai Baharu E-Rokok, Vape Dengan Nikotin Bermula Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

KKD Teliti Penyelesaian Isu Mutu Perkhidmatan Telekomunikasi