web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPDUEC Masih Belum Serah Laporan Kajian - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 11:09AM

Fadhlina Sidek - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menerima sebarang laporan daripada Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) walaupun tempoh kajian dilanjutkan sebanyak enam kali.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, walaupun tempoh kajian berkaitan perkara itu tamat tiga tahun lalu, PPDUEC masih belum menyerahkan laporan berkenaan.

“Berdasarkan terma rujukan PPDUEC, tempoh untuk mengemukakan laporan kajian kepada KPM adalah tiga hingga enam bulan bermula 29 November 2018.

“Tempoh kajian telah dilanjutkan sebanyak enam kali sehingga tamat pada 29 Februari 2020. Namun sehingga tarikh akhir tersebut, PPDUEC masih belum menyerahkan laporan kajian berkenaan,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Mohd Nazri Abdul Hassan (PN-Merbok) berhubung perkembangan hasil kajian PPDUEC berkait isu pengiktirafan terhadap UEC.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, memandangkan tempoh kajian tidak dilanjutkan dan sudah tamat, keanggotaan PPDUEC juga tamat secara automatik pada tarikh sama.

Tegasnya lagi, KPM masih belum ada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

“Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),” katanya.

Mengiktiraf UEC adalah antara ikrar utama dalam manifesto kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Susulan itu, masyarakat Cina di sini menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan berkenaan, dengan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak, Datuk Richard Wee menyifatkannya sebagai ‘mengecewakan’.

“Kami kecewa dengan pendirian dan kenyataan Menteri Pendidikan. Kerajaan Persekutuan harus melihat pendekatan kerajaan Sarawak dan belajar daripada kami dalam mengiktiraf UEC dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia.

“Isu UEC digunakan semua parti politik, khususnya parti berasaskan Cina untuk meneruskan agenda politik mereka dan menarik sokongan masyarakat itu.

“Malangnya, apabila berkuasa, mereka semua nampaknya sama ada menukar pendirian atau tidak mempunyai kemahuan politik untuk melihat janji dan ikrar dalam manifesto pilihan raya mereka,” katanya seperti dilaporkan Borneo Post Online, awal bulan ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan akan bertemu dengan Fadhlina bagi mendapatkan penjelasan mengapa kementerian itu tidak bercadang untuk mengiktiraf UEC sebagai sebahagian silibus kebangsaan.

Katanya, kerajaan terdahulu mempertimbangkan untuk mengiktiraf UEC jika ia memasukkan beberapa mata pelajaran daripada sukatan pelajaran kebangsaan. – Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Pendidikan 8 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

4

Rencana 8 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad