web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Rundingan Terus Projek Tebatan Banjir Tapi Proses Tender Dipercepatkan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 1:53PM

Anwar bercakap di Parlimen pada sesi soal jawab hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Walaupun tiada rundingan terus bagi projek tebatan banjir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata, proses tender akan dipercepatkan supaya kontraktor terpilih akan diumumkan pada Julai.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang dalam proses menerima tender bagi projek tersebut.

“Kami telah memperkenalkan tender terhad dan (ini) akan dipercepatkan, kerana ia melibatkan tebatan banjir.

“Kami menggunakan proses tender pantas kerana jika melalui laluan biasa, kami tidak dapat menyelesaikannya menjelang Julai.

“Setakat semalam belum ada keputusan daripada proses perolehan tender,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN - Kubang Kerian) bertanya bagaimana kerajaan berhasrat memilih kontraktor bagi projek tebatan banjir menjelang Julai.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan tetap komited untuk menghentikan perolehan tender melalui proses rundingan terus.

“Cara terbaik untuk melakukan sesuatu adalah melalui tender. Kadang-kadang projek diberi atas dasar pemberian syarikat Bumiputera yang saya setuju.

“Sebab itu kerajaan mengkaji semula projek Jana Wibawa. Bagaimanapun, ia mestilah melalui tender atau proses tender terhad,” katanya.

Bulan lalu, Anwar mengumumkan pembatalan semua projek yang dilaksanakan menerusi kaedah rundingan terus oleh kerajaan terdahulu.

“Perolehan kerajaan perlu dilakukan secara telus dan terbuka, berdasarkan tadbir urus yang baik.

“Saya sudah katakan sebelum ini projek tebatan banjir RM15 bilion boleh dijimatkan.

“Jana Wibawa, selepas ini, menelan belanja RM7 bilion, tetapi kita telah membatalkan pelaksanaannya.

“Kami telah membatalkan projek rundingan langsung, kesemuanya, jangan risau,” katanya.

Anwar berkata, projek tersebut sebaliknya akan melalui proses rundingan semula di bawah tender terbuka, dan negara dijangka menjimatkan kira-kira RM3 bilion daripadanya. - The Vibes, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad