web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Madani Tekankan Pembangunan Adil, Seimbang Untuk Semua Golongan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 11:44AM

Anwar mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelaksanaan konsep Malaysia MADANI mesti menitikberatkan keseimbangan komuniti dalam pembangunannya supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat.

“Antara rumah mahligai dan rumah rakyat, antara restoran mewah dan gerai-gerai rakyat indah dan bersih, ada kehijauan ada taman-tamannya untuk rakyat,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) yang berlangsung di Taman D R Seenivasagam, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin. 

Perdana Menteri juga berkata langkah itu harus bermula daripada peringkat pihak berkuasa tempatan setiap negeri memastikan bahawa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, diberi pembelaan dan hak mereka terpelihara.

“Saya beri contoh di Kuala Lumpur, ada puluhan projek (pembangunan) seperti ini, ada Twin Towers, KL Towers, tapi gerainya bobrok seperti tahun-tahun 50an.

“Saya tidak mahu Malaysia jadi contoh hanya dengan bangunan paling tinggi, jambatan paling panjang, gedung paling besar, tapi antaranya… rakyatnya paling menderita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis PBT di seluruh negara supaya meneliti semula pelan pembangunan mereka agar misi pembangunan seimbang itu dapat dijayakan.

Sementara itu Anwar berkata kerajaan juga akan memastikan konsep pembangunan dalam negara di tambah baik, dengan hak serta kepentingan raykat sentiasa terpelihara.

“Tidak akan ada siapapun yang (boleh) merasa bebas menggondol hak rakyat, dan merasa (mereka) boleh terlepas. Saya akan pastikan hal ini tidak berlaku. Berikan kesempatan kerajaan bersihkan negara daripada perompak besar dan tumpu pada kepentingan rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad