web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga KKD Jadi Duta Di Akar Umbi Selesaikan Isu Komunikasi Dan Internet

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:13PM

Warga KKD harus membudayakan sikap ingin tahu masalah yang dihadapi rakyat dan sekiranya ia berkaitan isu yang diusahakan KKD, maka perkara itu perlu diselesaikan segera. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) perlu membudayakan ikhtiar baharu dengan menjadi 'duta' atau 'wakil' di peringkat akar umbi untuk menyelesaikan masalah rakyat terutamanya berkaitan isu komunikasi dan Internet, kata Menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata warga KKD harus membudayakan sikap ingin tahu masalah yang dihadapi rakyat dan sekiranya ia berkaitan isu yang diusahakan KKD, maka perkara itu perlu diselesaikan segera.

"Sebagai contoh ke mana-mana sahaja kita pergi sekarang ini periksa talian telefon dan kelajuan Internet, ini yang kita minta warga KKD budayakan.

"Di mana sahaja kita berada, kita uji talian itu dan sekiranya tidak berapa elok kita maklumkan kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk segera diselesaikan," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan KKD di sini hari ini.

Fahmi berkata warga KKD harus memberi perhatian bukan sahaja di kawasan bandar tetapi lebih penting di luar bandar dan kampung.

"Inilah yang boleh kita anggap sebagai duta atau wakil kementerian di peringkat akar umbi untuk kita faham (isu rakyat) dan segera selesaikan. Kalau boleh jangan sampai ada rakyat hantar aduan kata tempat ini tidak ada talian atau Internet mengalami gangguan, sebaliknya kita ambil inisiatif dahulu dan ambil usaha segera selesaikan," katanya.

Fahmi berkata kerajaan komited dalam memastikan perkhidmatan yang baik dari segi ketersambungan dan keterangkuman digital di segenap pelusuk negara.

Katanya perbincangan bersama penyedia perkhidmatan satelit terkemuka iaitu Starlink dan MEASAT telah dilaksanakan bagi meningkatkan kelajuan serta capaian Internet di kawasan pedalaman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad