web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SBP Dan MRSM, Benarkah Semakin Membebankan?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 9:26AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuan asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah untuk membantu anak-anak pintar dari golongan berpendapatan rendah memperoleh peluang pendidikan terbaik, agar mereka tidak tercicir dari mendapat pendedahan sewajarnya.

Namun entah di mana silapnya, kedua-dua aliran persekolahan itu kini didakwa semakin elit, yang hanya pantas dihuni pelajar berdarah aristokrat.

Benarkah dakwaan itu dan mengapa sampai terjadi begini?

Sebelum ini, isu merit sering menjadi perdebatan ramai, khususnya di kalangan keluarga B40 yang anak mereka ditawarkan tempat di SBP atau MRSM.

Ramai juga antara mereka kecewa apabila anak masing-masing gagal memperoleh tempat, walaupun keputusan peperiksaan amat membanggakan, hanya kerana kemasukan dinilai berdasarkan merit.

Belum hilang polemik merit, topik meng’elit’kan SBP dan MRSM pula muncul, apabila kedua-dua aliran sekolah berkenaan didakwa mula memperkenalkan bayaran yang membebankan ibu bapa.

Seorang ibu tunggal, Mashitah berkata, kebelakangan ini Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah anaknya semakin kerap tampil dengan cadangan berunsur ‘mewah’ yang sedikit sebanyak, membebankan ibu bapa dari golongan B40.

Menurutnya, perubahan itu turut mencakupi kutipan sumbangan dalam jumlah besar dan yuran yang terlalu tinggi.

“Saya tidak mampu membayar yuran setinggi itu, dan ia belum termasuk dengan bayaran untuk buku teks atau sebagainya.

“Mujur juga diberikan kelonggaran untuk yuran berkenaan dibayar secara ansuran, jika tidak kami sendiri akan berfikir banyak kali untuk menghantar anak bersekolah di sana,” katanya kepada Getaran.

Luahan sama diutarakan seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Azri, membabitkan yuran MRSM di bawah program dwi sijil.

Azri memberitahu, program berkenaan adalah gabungan kurikulum kebangsaan dan silibus antarabangsa, International General Certificate of Secondary Education atau lebih dikenali sebagai IGCSE.

“Saya bersyukur apabila anak saya diterima masuk dibawah aliran IGCSE, tetapi yuran yang dikenakan agak membebankan memandangkan kami adalah golongan B40 yang hanya bekerja biasa.

“Untuk kos pendaftaran saya perlu membayar lebih RM300, manakala kos peperiksaan pula dalam anggaran RM2100. Difahamkan yuran ini akan berubah dan akan naik mengikut tukaran semasa wang negara,” keluhnya.

Menurut Azri, kos tersebut belum termasuk dengan buku rujukan tambahan yang boleh mencecah RM100 setiap satu.

“Memang saya masih bersyukur kerana maktab ada juga menyediakan buku teks asas untuk panduan silibus IGCSE namun, ia tidak mencukupi kerana anak saya masih memerlukan buku latih tubi dan sebagainya.

“Pernah saya terfikir untuk menolak tawaran IGCSE, tetapi memikirkan tentang masa depan anak, saya gigih mencari jumlah wang tersebut walaupun terpaksa meminjam dengan saudara mara kerana terdesak. Saya tidak mahu menghampakan harapan dia untuk menyambung pelajaran ke menara gading,” ujarnya sebak.

Azri juga terpaksa mencarikan anaknya kelas tambahan bagi memastikan anaknya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

“Kos kelas tambahan yang terpaksa dibayar adalah lebih kurang RM300 sebulan, tetapi ia sangat membantu.

“Setahu saya, ada yang mengenakan yuran RM600 untuk semua subjek bagi kelas khas latih tubi menjawab peperiksaan manakala  bagi yang berkemampuan, mereka menghantar anak mereka ke kelas perseorangan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau amat berharap pihak kementerian dan yang berkaitan menghalusi semula beberapa perkara, termasuk tindakan sesetengah MRSM yang mengenakan yuran terlalu tinggi.

Ada MRSM katanya lagi, meletakkan yuran sehingga RM2,000 yang jelas membebankan ibu bapa berpendapatan rendah.

Sebelum ini, banyak keluhan dan aduan dimuat naik di media sosial, yang menganggap institusi pendidikan itu sudah bertukar menjadi sekolah ‘persendirian’ versi kerajaan, memandangkan pelbagai bayaran tambahan dikenakan ketika pendaftaran kemasukan.

Bukan sedikit bayaran diperlukan bagi menduduki peperiksaan IGCSE dan sudah pasti akan membuatkan ibu bapa golongan B40 ini berfikir banyak kali sebelum membenarkan anak mereka menerima tawaran berkenaan.

Jika tiada sebarang usaha untuk melihat semula perkara itu, dibimbangi ramai golongan B40 terpaksa menolak tawaran kemasukan kecuali jika anak mereka menerima biasiswa penuh.

Kita juga tidak mahu melihat ada pelajar terpaksa belajar separuh jalan dan mengambil keputusan berhenti dari sekolah terbabit, gara-gara tidak mampu menanggung yuran pengajian dan bayaran asrama yang membebankan ibu bapa masing-masing.

Penanda aras bersesuaian juga amat diperlukan supaya kualiti kecemerlangan dan prestij dibina selama ini tidak terjejas. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad