web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bersedia Berunding Dengan Defendan Kes Saman 1MDB - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 8:40PM

Anwar berkata demikian semasa temubual dengan stesen Filipina ABS-CBN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pentadbirannya bersedia berunding dengan firma perbankan luar negara yang dinamakan dalam saman difailkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Anwat berkata demikian semasa temubual dengan stesen Filipina ABS-CBN yang disiarkan kelmarin, bagi mengiyakan apabila ditanya sama ada beliau akan bersetuju dengan rundingan antara Malaysia dan dua daripada tujuh defendan dalam saman berkenaan, iaitu Deutsche Bank (Malaysia) Bhd dan J P Morgan (Switzerland).

“Ya ... Ia lebih baik jika mereka mengemukakan beberapa cadangan yang munasabah (yang boleh diselaraskan Malaysia),” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu mestilah ‘perjanjian adil’, selain berkata ‘saya tidak boleh bersubahat dalam membiarkannya (institusi kewangan) bebas tanpa mengambil tanggungjawab atas kesalahan mereka’, katanya.

Pada Mei 2021, 1MDB sebagai plaintif memfailkan saman bernilai AS$1.83 bilion (RM8.4 bilion) terhadap tujuh defendan kerana dakwaan melanggar kontrak, kecuaian dan konspirasi jenayah ekoran penyelewengan dana syarikat itu.

Coutts & Co, Petrosaudi International, Petrosaudi Holdings (Cayman), Tarik Obaid dan Patrick Mahony turut dinamakan sebagai defendan.

Plaintif mendakwa bahawa semua defendan bersubahat untuk menipu 1MDB dan memberikan bantuan tidak jujur, menyebabkan kerugian kepada syarikat serta merosakkan reputasi dan nama baik 1MDB.

September tahun lalu, pesuruhjaya kehakiman mahkamah tinggi Roz Mawar Rozain dilaporkan menarik diri daripada kes itu, sebelum ia didengar hakim lain.

Difahamkan, Roz Mawar sebelumnya, memegang jawatan sebagai timbalan pengarah pendakwaan dan penguatkuasaan sivil di Suruhanjaya Sekuriti, iaitu satu daripada agensi terbabit dalam siasatan 1MDB.

Pada Oktober, 2020, Goldman Sachs bersetuju membayar kira-kira AS$2.9 bilion (RM12 bilion) dan anak syarikatnya di Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan rasuah, bagi menyelesaikan siasatan ke atas dakwaan rompakan berbilion dolar daripada 1MDB serta rasuah untuk mendapatkan kontrak perniagaan.

Penyelesaian itu menyaksikan Goldman Sachs membuat pembayaran interim sekali bayar sebanyak AS$250 juta, sekiranya Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM2.1 bilion) dalam aset dan hasil menjelang Ogos 2022.

Namun, dalam pemfailan tahun lepas, Goldman Sachs berkata, terdapat perselisihan faham antara syarikat itu dan Malaysia, sama ada kerajaan sudah menerima hasil AS$500 juta menjelang tarikh akhir Ogos.

Ia juga menuduh Malaysia ‘mengurangkan secara unilateral’ nilai satu aset sebanyak AS$80 juta (RM339 juta), malah enggan memasukkan aset tambahan dalam perakaunan aset dan hasil yang diperoleh semula.

Akhir bulan lalu, Anwar memberi amaran kepada Goldman Sachs yang tidak menghormati penyelesaiannya dengan kerajaan berhubung peranan gergasi kewangan global itu dalam skandal rasuah 1MDB. - The Vibes, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad