web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mentega Terbang: Serah Pada FINAS, SKMM Ambil Tindakan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 5:08PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap produksi filem ‘Mentega Terbang’.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata FINAS kini sedang meneliti dan menyiasat aspek perlanggaran peraturan yang dilakukan produksi tersebut.

“Ini melibatkan sama ada terdapat lesen untuk penggambaran dan pengeluaran (filem tersebut), dan saya serahkan pada FINAS untuk membuat siasatan.

“Sekiranya ada tindakan yang perlu diambil, maka saya percaya pihak berkuasa akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa dan Perasmian MyDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.

Sebelum ini, tular sedutan babak dalam filem tersebut yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islam untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar daripada Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang mempersoalkan bagaimana filem sebegitu dibenarkan untuk tontonan umum.

Dalam pada itu, Fahmi turut mempersoal tampuk pemerintahan terdahulu mengenai pelepasan filem berkenaan yang mula berlegar di media sosial sejak 2021.

“Filem ini mula berlegar dan ditayangkan pada 2021. Siapa yang mentadbir ketika itu? Kenapa tiada apa-apa tindakan pada waktu itu? Mana pasukan mereka yang buat laporan sekarang ini? Waktu itu mereka di mana? Kenapa tak teliti (filem itu),” soalnya.

Beliau turut mengingatkan semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang telah ditetapkan FINAS dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghantar laporan kepada SKMM berikutan filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar