web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh Cawangan Parti Politik Di Kampus Universiti Langkah Mundur, Rosakkan Demokrasi Institusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 12:19PM

Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (AMUM) menerusi kenyataannya berkata, parti politik nasional tidak seharusnya masuk campur hal ehwal mahasiswa di dalam kampus atas alasan penyuburan demokrasi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangannya di kampus universiti, disifatkan langkah mundur yang akan merosakkan demokrasi pilihan raya kampus (PRK).

Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (AMUM) menerusi kenyataannya berkata, parti politik nasional tidak seharusnya masuk campur hal ehwal mahasiswa di dalam kampus atas alasan penyuburan demokrasi.

Malah, katanya, AMUM mempunyai enam sebab mengapa penubuhan cawangan parti politik di kampus akan merosakkan demokrasi di dalam institusi pendidikan itu.

“Pertama, penubuhan itu akan melemahkan parti yang tidak didanai oleh parti politik nasional, sekali gus menghilangkan pengaruh gerakan mahasiswa.

“Ia juga menyebabkan parti politik kampus akan menjadi gelanggang perlawanan antara cawangan parti nasional mahasiswa.

“Selain itu, ia memberi ruang campur tangan politik dalam kampus,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pada masa sama, AMUM berkata, penubuhan itu akan melemahkan kesatuan mahasiswa kerana mereka akan mengikut telunjuk parti politik nasional.

“Mahasiswa akan menjadi tunggangan parti politik nasional.

“Manakala sebab keenam adalah universiti serta kampus kini menjadi tempat perkaderan parti politik nasional secara besar-besaran dan akan membantutkan kemandirian mahasiswa, ia seperti dengan mendoktrinasikan pemikiran mahasiswa yang dijalankan parti politik nasional,” katanya.

Mengulas lanjut, AMUM berkata, pihaknya ingin bertanya kepada Mohamed Khaled adakah penubuhan cawangan parti politik di kampus menjadi antara sebab mengapa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), tidak mahu memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)?

Jelasnya, AMUM melihat bahawa pihak KPT seolah-olah bersikap ‘ada udang di sebalik batu’.

Bagaimanapun, AMUM berkata, pihaknya bukanlah ingin menuduh kementerian berkenaan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas, tetapi mahukan penjelasan terperinci.

“Justeru, kenyataan daripada AMUM ini dibuat kerana kami melihat bahawa tindakan KPT mempertimbangkan penubuhan cawangan parti politik di kampus, jelas satu pembonekaan demokrasi.

“Bukan itu sahaja, AMUM ingin mengajak wakil gerakan mahasiswa lain untuk bersama-sama terus menyoal dan menekan pihak KPT bagi memberikan jawapan berhubung kenyataan Khaled Nordin itu,” katanya.

Terdahulu, pada 2 Mac lalu, Mohamed Khaled ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas sama ada KPT akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangan mereka di kampus universiti bagi menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan politik matang, selaras dengan reformasi pendidikan menegaskan pihaknya tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata, ia kerana pelbagai pindaan sudah dilakukan terhadap AUKU 1971, termasuk membabitkan aspek kegiatan pelajar dan urus tadbir universiti.

Katanya, KPT memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik di dalam atau luar kampus, termasuk boleh menawarkan diri bertanding pada pilihan raya.

Manakala, berhubung AUKU 1971, Mohamed Khaled pada 24 Februari lalu dilaporkan berkata, kerajaan tidak bercadang memansuhkan akta berkenaan.

Ujarnya, akta itu masih relevan, terutamanya membabitkan urus tadbir universiti.

Pemansuhan AUKU 1971, katanya, akan menjejaskan tadbir urus universiti awam, terutama sewaktu peralihan akta. – Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 6 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran