web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Arah Menteri Teliti Laporan Ketua Audit Negara – Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 5:14PM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Jemaah Menteri untuk meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2.

“Perdana menteri menegaskan menteri perlu meneliti laporan membabitkan kementerian masing-masing, walaupun dapatan mungkin berkait isu sebelum ini.

“Isu yang dibangkitkan dalam laporan itu mesti diselesaikan segera,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Pada 17 Januari lalu, Anwar dilaporkan mengarahkan Kabinet meneliti kenyataan Laporan Ketua Audit Negara mengenai perbelanjaan dan ketirisan.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada 16 Februari lalu, secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti, projek dan program kerajaan persekutuan telah dilaksanakan mengikut objektif ditetapkan namun masih terdapat kelemahan seperti sasaran output dan keberhasilan yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya.

Bagi audit melibatkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi berkata, pihaknya juga akan meneliti dakwaan berlakunya ketirisan dalam agihan Dana Kandungan Digital (DKD).

Fahmi berkata, beliau telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan pihak pengurusan untuk meneliti apakah yang telah berlaku dengan agihan DKD itu dan mendapati  Akta Finas 1981 mungkin perlu dipinda.

“Yang positifnya, syarikat yang dinamakan terlibat dalam agihan DKD telah menghubungi KKD dan FINAS  untuk memberi penjelasan dan membersihkan nama mereka. Ada beberapa faktor termasuk pandemik COVID-19 yang mendatangkan kesan kepada industri perfileman khususnya bagi pihak produksi,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara mendapati penyaluran DKD berjumlah RM4 juta dibuat kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli perbadanan dan semakan audit mendapati ia disalurkan kepada enam syarikat yang mempunyai kepentingan antaranya milik isteri dan anak Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Fahmi berkata, Perdana Menteri turut meminta KKD dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meneliti isu bayaran royalti kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan pemuzik lain.

Katanya, satu mesyuarat antara beliau dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diadakan pada minggu hadapan bertujuan membentuk satu jawatankuasa bagi meneliti aspek melibatkan bayaran royalti dan pembangunan industri muzik.

Salahuddin pada 28 Februari lalu dilaporkan berkata, satu jawatankuasa bertindak bagi membincangkan isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, isu bayaran dan pengiraan royalti serta penubuhan badan tunggal untuk menyelesaikan isu badan pelesenan serta melindungi hak para pemilik hak cipta adalah antara perkara yang akan dibincangkan untuk dicari penyelesaian oleh jawatankuasa itu. – The Vibes, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad