web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bomba Selamatkan 8 Pekerja Pasar Raya Terperangkap Di Rumah Kedai 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 2:43PM

Kesemua wanita yang menyewa di atas premis pasar raya itu diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seramai lapan pekerja sebuah pasar raya yang terperangkap di sebuah rumah kedai susulan paras air banjir meningkat sehingga 1.5 meter di bandar Kota Tinggi, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, hari ini.

Kesemua wanita yang menyewa di atas premis pasar raya itu diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, yang diketuai Ketua Zon 2 Johor Timbalan Penguasa Bomba II Tahrin Saat pada 11 pagi tadi.

Salah seorang mangsa Roziana Zaharuddin, 31, berkata mereka berada di rumah itu sejak tiga hari lepas, sebelum meminta bantuan bomba pagi tadi selepas sungai melimpah dan air semakin meningkat dengan kesemua jalan masuk ke bandar, tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

“Selalunya banjir tidak sehingga ke kawasan premis pasar raya kami, tetapi pagi ini lihat air sudah naik dan menuju ke premis sebab sungai melimpah.

“Jadi kami semua ambil keputusan membuat panggilan kecemasan untuk keluar segera dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Roziana yang merupakan penyelia pasar raya itu berkata mereka juga sempat memindahkan barang-barang di dalam pasar raya itu ke tempat tinggi, bagi mengelakkan daripada ditenggelami banjir.

Seorang lagi mangsa Fatin Anisah Che Anaf, 19, berkata meskipun tiga hari sudah berada dalam rumah, bekalan makanan dan minuman mereka mencukupi.

“Makanan semua ada seperti mi segera dan biskut, tetapi apabila air semakin naik kami mula takut dan semua ambil keputusan keluar dari kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Tahrin menasihati orang ramai supaya mendengar arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah, bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa bersiap sedia selama 24 jam untuk melakukan rondaan dan operasi menyelamat.

“Paras air meningkat tetapi secara perlahan-lahan, namun dikhuatiri akan terus naik jika hujan berterusan dan air pasang. Orang ramai juga dinasihatkan elak main air banjir kerana dikhuatiri dibawa arus deras dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, menerusi tinjauan Bernama mendapati hampir 90 peratus premis perniagaan di bandar itu ditutup dengan paras air Sungai Johor di Jambatan Kota Tinggi yang melimpah ke bandar dilihat semakin meningkat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad