web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama Syarikat Tercemar, Malaysia Airlines Buat Laporan Polis Atas Dua Lelaki

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:11PM

Malaysia

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) ke atas dua individu, susulan penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan nama baik serta kredibiliti syarikat.

Bahagian Komunikasi Kumpulan dalam satu kenyataan berkata, laporan berkenaan membabitkan hantaran di media sosial oleh dua lelaki dikenali sebagai Wan Hilmi Mohd Nor Hilmi dan Muhammad Fahmi Abdullah.

Kedua-dua mereka didakwa menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kemasukan rakyat dari India yang menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines, walaupun larangan kemasukan penduduk negara berkenaan sudah dikuatkuasakan sejak bulan lalu.

“Tiada rakyat dari India diterbangkan masuk ke Malaysia melalui pesawat Malaysia Airlines Berhad sejak penguatkuasaan larangan masuk sementara bulan lepas.

“Sejak Malaysia melaksanakan larangan masuk sementara terhadap warganegara India, pada 28 April 2021, Malaysia Airlines telah membatalkan kesemua penerbangan penumpang dari dan ke India,” kata jabatan berkenaan.

Dakwaan dibuat dua lelaki terbabit bahawa ada penumpang dari India yang berjaya memasuki negara ini dengan menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan itu adalah tidak benar sama sekali.

Syarikat penerbangan nasional terbabit bagaimanapun memberitahu, penerbangan kargo mereka ke India masih beroperasi bermula Sabtu lalu hingga hari ini.

Antara muatan yang diterbangkan dari India untuk dibawa masuk ke dalam negara adalah; barangan farmaseutikal, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektronik serta pakej-pakej kurier.

“Melainkan kru bertugas, pesawat kami tidak membawa sebarang penumpang malah kami juga tidak membenarkan petugas penyelenggaraan di India untuk memasuki ruang pesawat.

“Malaysia Airlines merasakan bahawa tuduhan oleh beberapa individu tentang perkara ini mampu mencemarkan nama reputasi syarikat dan kredibiliti negara dalam memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19,” tegas syarikat berkenaan. – Getaran, 3 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar