web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 8:30AM

- gambar hiasan

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Capaian internet yang rendah di dua pulau peranginan di Terengganu iaitu Pulau Kapas dan Pulau Gemia, bakal ditambah baik selepas pelaksanaan cadangan penambahbaikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kelak.

Suruhanjaya itu, dalam satu kenyataan media, berkata ketika ini pengunjung di Pulau Kapas dapat menikmati liputan jalur lebar 4G yang disediakan enam penyedia perkhidmatan, namun liputan di Pulau Gemia masih rendah.

Katanya, situasi itu sedang dalam pemerhatian MCMC untuk tindakan penambahbaikan.

Kenyataan itu menyebut, Pulau Kapas dan Pulau Gemia adalah antara lokasi tarikan menjadi tumpuan ribuan pelancongan dari dalam dan luar negara.

MCMC berkata, sebagai sektor ekonomi utama di Terengganu, industri pelancongan membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi tempatan.

"Cadangan penambahbaikan ini akan merangkumi pengukuhan aspek keselamatan dan tindak balas kecemasan di masa hadapan, dan ia dijangka memberikan pengalaman yang lebih baik buat pelancong yang berkunjung ke Pulau Kapas dan Pulau Gemia.

"Kemudahan internet yang baik banyak membantu pengusaha bot dan resort, serta peniaga di Pulau Kapas dan Pulau Gemia dalam kelangsungan penjanaan pendapatan harian mereka," katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu menyebut, MCMC sudah mengenalpasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan internet sedia ada di sekitar pulau terbabit.

Wakil MCMC dalam pertemuan dengan ahli Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pelancongan Pulau Kapas dan Gemia. - gambar MCMC
Wakil MCMC dalam pertemuan dengan ahli Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pelancongan Pulau Kapas dan Gemia. - gambar MCMC

Kenyataan itu menyebut, isu penambahbaikan capaian internet di kedua-dua pulau peranginan itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan ahli Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pelancongan Pulau Kapas dan Gemia. – Getaran, 6 Mei 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran