web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Giat Usaha Bantu Proses Pendamaian Bangsamoro Di Selatan Filipina - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 7:31PM

Anwar pada sidang media sempena lawatan rasmi ke Filipina di Rumah Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Malaysia sedang memainkan peranan di dalam memastikan proses pendamaian dalam kalangan Bangsamoro di Selatan Filipina terus berjalan lancar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, hal itu turut menjadi tumpuan ketika beliau membuat lawatan rasmi dua hari ke Manila minggu ini.

Menurutnya, Presiden Ferdinand ‘Bongbong’ Romualdez Marcos Jr melahirkan penghargaan terhadap usaha Malaysia bagi membantu memperkemas dan mempercepatkan proses pendamaian di wilayah berkenaan.

Perdana Menteri berkata, beliau sempat bertemu dengan Ketua Menteri dalam kerajaan transisi Bangsamoro, Al Haj Murad Ebrahim dan pasukannya, bagi mendengar serta memberikan jaminan mengenai apa jua kerjasama.

Katanya, ia bagi memastikan pendamaian, terutama dalam kalangan umat Islam di selatan Filipina itu, dapat terjalin dengan baik dan mampu dijayakan.

“Hal ini berlarutan berpuluh tahun, malah beratusan tahun dan tak mudah dileraikan, jadi saya ucap terima kasih kepada Presiden Filipina dalam mengambil langkah ini.

“Tanggungjawab kita sebagai negara jiran, negara Islam juga untuk memastikan ada kejayaan bermakna dan satu kedamaian yang kekal di selatan Filipina,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan hi-tea (minum petang) bersama warga Malaysia di Filipina yang diadakan di kediaman rasmi duta besar Malaysia ke negara berkenaan.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, bantuan Malaysia bukan daripada segi kewangan semata-mata, malah ia akan memastikan aktiviti ketenteraan beroperasi di kawasan masih dianggap tegang.

“Keduanya, puluhan ribu bekas pejuang gerakan di bawah MILF Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan MNLF (Barisan Pembebasan Hadapan Moro, (kita lihat) bagaimana kita boleh pindahkan supaya mereka dimasukkan dalam ruang pentadbiran ketika musim aman,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, transisi itu sememangnya berlaku dalam semua proses pendamaian dunia.

“Saya juga beritahu pada presiden, kalau keadaan lebih baik, sekiranya berjaya dalam sebulan ini, saya minta Menteri Luar supaya diselaraskan agar tokoh-tokoh utama, termasuk Murad dipelawa ke Malaysia,” katanya.

Ujarnya, Malaysia juga akan mengadakan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi dan Kewangan, selain bersama jabatan berkaitan supaya pengurusan pentadbiran negara berkenaan lebih lancar.

“Dan bincang dengan pelabur yang sanggup datang ke Selatan Filipina supaya dapat cepat usahakan pembangunan dan memberikan peluang pekerjaan,” katanya. - Getaran, 2 Mac, 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar