web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaji Penjawat Awam: PM Minta JPA Bincang Dengan CUEPCAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 6:11PM

Adnan Mat - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan perbincangan bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengenai isu gaji dan upah penjawat awam serta hal berkaitan peningkatan kos sara hidup.

Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed ketika CUEPACS melakukan kunjungan hormat terhadap KPPA baharu itu hari ini, yang turut membincangkan banyak perkara mengenai perkhidmatan awam dan warganya.

Adnan berkata CUEPACS dimaklumkan perdana menteri sudah mempunyai perancangan dalam soal kadar gaji dan upah penjawat awam agar mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang selesa dan sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“CUEPACS menghargai keprihatinan perdana menteri berhubung isu kadar gaji dan upah penjawat awam yang menurut pandangan beliau tidak setara berbanding tugas serta komitmen yang diberikan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena perjumpaan dengan KPPA itu.

Adnan berkata permintaan penjawat awam untuk kerajaan menilai semula kadar gaji dan upah perkhidmatan awam sememangnya berasas berikutan kos sara hidup ketika ini meningkat dengan begitu drastik.

“Komitmen perdana menteri untuk melihat semula isu kadar gaji dan upah untuk perkhidmatan awam apabila kewangan negara bertambah baik kelak sesungguhnya memberi harapan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam,” katanya.

CUEPACS dalam pada itu menyeru warga perkhidmatan awam agar dapat bersabar buat sedikit masa untuk memberi ruang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang menghimpit penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup.

“Terjemahkan sokongan tersebut melalui komitmen kerja yang tinggi bagi menjayakan setiap aspirasi Malaysia MADANI agar negara dapat mendepani cabaran yang mendatang demi kemakmuran rakyat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Adnan berkata CUEPACS yakin dengan gandingan kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Zulkapli dalam membawa suara dan aspirasi penjawat awam untuk perhatian dan tindakan kerajaan.

Beliau berkata keterbukaan KSN dan KPPA mendengar pandangan daripada CUEPACS mengenai permasalahan penjawat awam dalam setiap sesi libat urus amat dihargai.

“CUEPACS berharap KSN dan KPPA akan terus berunding dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu menyelesaikan isu dan permasalahan penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup serta kadar gaji yang setimpal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad