Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Belanjawan Reformis, Visi PM Untuk Malaysia Madani

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 12:00PM

Ini mencerminkan visinya sendiri, pendirian yang diambil dan dikekalkan secara konsisten sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam bajet yang memberikan pelbagai tawaran, tidak mengejutkan apabila melihat tema reformasi menjadi inti pati Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Ini mencerminkan visinya sendiri, pendirian yang diambil dan dikekalkan secara konsisten sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini.

Lagipun, beliau mendapat inspirasi daripada gerakan Reformasi apabila dipecat menerusi taktik kotor daripada UMNO dan Kabinet pada 1998, yang kekal sebagai teras perjuangan PKR, parti diterajuinya hari ini.

Kini sebagai ketua kerajaan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tetap berpegang pada prinsipnya apabila membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Parlimen petang, semalam dengan reformasi menjadi salah satu tema utama.

Malah, Anwar juga menyebut secara khusus isu rasuah berterusan, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam ucapan pembukaannya sebelum memulakan pembentangan, menjelaskan bagaimana ia sistemik dan mencemarkan imej negara.

Anwar dengan tepat menggariskan "pembaharuan institusi dan tadbir urus untuk memulihkan keyakinan" sebagai salah satu daripada tiga ikrar utama dalam belanjawannya. - Gambar fail
Anwar dengan tepat menggariskan "pembaharuan institusi dan tadbir urus untuk memulihkan keyakinan" sebagai salah satu daripada tiga ikrar utama dalam belanjawannya. - Gambar fail

Skor buruk dalam indeks persepsi rasuah baru-baru ini dan pendedahan kebocoran dan pembaziran dalam Laporan Ketua Audit Negara hanyalah beberapa kesan daripada isu yang diketengahkan oleh Anwar semalam.

Seolah-olah menyedari kesan daripada isu ini, Anwar dengan tepat menggariskan "pembaharuan institusi dan tadbir urus untuk memulihkan keyakinan" sebagai salah satu daripada tiga ikrar utama dalam belanjawannya.

Dua lagi adalah pemacu ekonomi yang inklusif dan mampan, dan keadilan sosial untuk mengurangkan ketidaksamaan.

Di bawah fokus ini, Ahli Parlimen Tambun itu mengumumkan banyak pembaharuan, termasuk menghentikan rundingan terus untuk sebarang perolehan kerajaan pada masa hadapan.

Dua projek utama yang dipertikaikan iaitu RM15 bilion untuk tebatan banjir dan RM7 bilion melibatkan skim Jana Wibawa yang menarik perhatian negara baru-baru ini, dibatalkan berkuat kuasa serta-merta.

Anwar Ibrahim - Gambar ihsan Japen
Anwar Ibrahim - Gambar ihsan Japen

Sebagai ganti, Perdana Menteri berkata, sebahagian daripada projek itu akan memasuki semula proses tender terbuka tidak lama lagi, yang dijangka menjimatkan kerajaan sehingga RM3 bilion dengan hasil akan diagihkan demi kepentingan rakyat.

Anwar juga berikrar akan menyegerakan pembentangan Akta Perolehan Kerajaan yang diusulkan pada 2019 oleh pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi disalahgunakan sejak itu.

Walaupun beliau tidak menghuraikan cadangan undang-undang ini, jika diluluskan ia akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses perolehan secara drastik.

Tindakan tegas terhadap rasuah, hentikan amalan orang tengah

Anwar berikrar bahawa kerajaan perpaduannya akan melakukan yang terbaik untuk menutup mana-mana pintu yang mendorong kepada gejala rasuah.

Sehubungan itu, beliau berkata, agensi penguatkuasa akan terus membanteras rasuah.

“Rakyat tidak boleh menunggu perubahan, dan saya sendiri tidak sabar untuk melaksanakan reformasi supaya urusan kerajaan dapat dikendalikan dengan lebih cepat, mudah dan lebih telus,” katanya.

Bagi menggalakkan usaha memerangi rasuah, Anwar berkata, kerajaan mencadangkan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Langkah itu akan menyaksikan perlindungan lebih besar kerana pemberi maklumat yang mendedahkan amalan rasuah.

Sementara itu, kementerian dan agensi kerajaan diarah melaksanakan reformasi dengan menjauhi amalan birokrasi lama yang bergantung kepada ejen dan orang tengah, yang membuka ruang kepada penyalahgunaan.

Anwar menyatakan bagaimana kerajaan telah kehilangan RM20 bilion dalam potensi hasil berikutan dasar sekatan terhadap pengambilan pekerja asing, terutamanya dengan penglibatan ejen yang ingin mendapatkan wang dengan cepat.

Beliau dalam ucapan belanjawannya turut mendedahkan kelemahan dalam perolehan kerajaan akibat penggunaan orang tengah.

Untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, Anwar tidak mengumumkan sebarang projek mega baharu. - Gambar fail
Untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, Anwar tidak mengumumkan sebarang projek mega baharu. - Gambar fail

Anwar menegaskan, khususnya projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang mencetuskan kontroversi ditangguhkan beberapa kali kerana amalan rasuah, justeru beliau memberi jaminan ia tidak akan berulang lagi.

Menariknya, untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, Anwar tidak mengumumkan sebarang projek mega baharu.

Satu lagi pembaharuan besar yang diumumkan Perdana Menteri semalam ialah mengenai pertindihan kuasa dan fungsi beberapa institusi kerajaan, dengan kerajaan Persekutuan mencadangkan penggabungan Yayasan Pelaburan Bumiputera, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, dan Yayasan Ekuiti Nasional.

Imbuhan terlalu tinggi yang diberikan kepada Ketua Eksekutif dan pengurusan tertinggi syarikat dan badan berkanun juga akan dikaji semula, dengan pakej gaji yang lebih munasabah akan dicadangkan. – The Vibes, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Anwar Merafak Sembah, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ibrahim

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Isteri Selesai Umrah, ‘Mendoakan Kesejahteraan Buat Rakyat, Negara’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Hayati Sambutan Hari Air Sedunia Dalam Usaha Pastikan Sumber Air Dijaga - Anwar

4

Semasa 2 hari yang lalu

Cagaran Wang Caruman KWSP Untuk Buat Pinjaman Bank Tidak Bercanggah Akta KWSP - PM

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Shahrizat Dilantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

oleh Amar Shah Mohsen

Semasa 13 jam yang lalu

Pembinaan MRSM Berbayar Tidak Libatkan Peruntukan Kerajaan - Ahmad Zahid

Semasa 11 jam yang lalu

TH Jangka Bantuan Kewangan Haji Meningkat RM500 Juta Pada 2024

Semasa 8 jam yang lalu

UDA Umum Pelantikan Mohd Annuar Sebagai Pengerusi 

oleh Sofian Baharom