web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majikan Menggaji Graduan Pada Kadar Setimpal Diberi Insentif RM1,800

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 9:47PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan majikan yang menggaji 17,000 graduan, khususnya lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan menerima insentif RM600 sebulan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif itu akan disediakan selama tiga bulan sebagai tambahan kepada gaji ditawarkan.

Menurutnya, ia adalah usaha kerajaan untuk terus menggalakkan sektor swasta menggaji pekerja dengan nilai lebih tinggi dan setimpal.

 “RM45 juta disediakan untuk tujuan ini.

“PERKESO juga menyediakan insentif kepada majikan menggaji golongan mudah terjejas, seperti orang kelainan upaya (OKU), bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sehingga RM600 sebulan untuk tempoh sehingga tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, kerajaan turut menggalakkan anak muda meningkatkan keupayaan dan kemahiran bagi meraih gaji lebih bermakna.

Justeru, bagi tujuan itu, katanya, kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.

Ujarnya, PERKESO juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.

“Secara keseluruhan, RM40 juta disediakan untuk manfaat 30,000 pekerja gig,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) dengan dana RM1 bilion akan dimanfaatkan untuk melaksanakan program latihan kemahiran kepada pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul.

Jelasnya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menawarkan 35,000 peluang kerjaya kepada belia, graduan TVET, selain kumpulan rentan dan veteran.

Kerajaan, katanya, mengalami kerugian hasil RM20 bilion akibat dasar yang mengekang pengambilan pekerja, terutama tenaga kerja asing.

“Dengan dasar pemutihan baru-baru ini, masalah ini hampir selesai tanpa melibatkan ejen yang mengambil laba tinggi.

“Kebanyakan sektor berisiko tinggi masih bergantung dengan pekerja asing. Ini disebabkan sektor ini menawarkan gaji rendah dan kebajikan pekerja tidak terjamin,” katanya.

Menerusi pembentangan sama, Anwar berkata, pengalaman syarikat Sime Darby Plantation membuktikan, pekerja tempatan bersedia bekerja di ladang sawit jika gaji dibayar sekurang-kurangnya RM3,000, selain persekitaran pekerjaan lebih menarik dibantu mekanisasi dan mengadaptasi automasi.

“Sasaran mereka adalah untuk menggaji 100 peratus pekerja tempatan menjelang akhir 2027,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad