web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AstraZeneca Terima Sambutan Hangat, Laman Sesawang Sesak

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 5:37PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapat vaksin AstraZeneca secara sukarela kepada warga Kuala Lumpur dan Selangor bermula 12 tengah tadi, sesak apabila sejumlah besar pengguna gagal membuat tempahan slot.

Kekeliruan dikatakan berlaku apabila kesemua slot dipaparkan dikatakan habis ditempah, sedangkan pada masa sama ada individu berjaya mendapatkan tarikh dan waktu dikehendaki.

Senario itu mengundang rasa tidak puas hati khususnya di kalangan netizen yang bertindak meluahkan perasaan masing-masing di media sosial, khususnya Twitter.

Getaran bagaimanapun mendapati, laman sesawang berkenaan kembali beroperasi sekitar jam 12.30 tengah hari, dan orang ramai boleh mendaftar untuk mendapatkan slot masing-masing.

Gangguan pada laman itu juga turut diakui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi satu ciapan di Twitter, yang memberitahu, masalah itu berlaku kerana jumlah trafik terlalu tinggi untuk beberapa minit pertama.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pendaftaran untuk warga Selangor dan Kuala Lumpur sudah dibuka untuk vaksinasi fasa pertama sebanyak 260,000 dos.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam dan aktivis bebas, Syahredzan Johan ketika dihubungi Getaran berkata, beliau juga mengalami masalah sama pada permulaan pendaftaran vaksin tersebut, namun berjaya memperoleh slot ditempah selepas mencuba selama 15 minit.

“Bukan saya sahaja mengalami situasi itu, kenalan dan rakan-rakan terdekat juga berhadapan perkara yang sama. Selepas Khairy menjelaskan tentang keadaan yang sebenar di Twitternya, tidak lama selepas itu pendaftaran saya disahkan berjaya,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut mempersoalkan sambutan vaksin tersebut yang didapati kurang memberangsangkan kerana masih terdapat banyak kekosongan walaupun jumlah ditawarkan hanya 250,000 dos untuk penduduk Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Difahamkan, sehingga kini masih ada lebih 100 ribu slot lagi yang masih kosong. Saya melihat ini merupakan isu yang besar kerana saya percaya, ada di kalangan masyarakat kita yang masih ragu-ragu dan kurang yakin dengan vaksin ditawarkan berikutan penyebaran berita kurang menyenangkan mengenai vaksin AstraZeneca ini.

“Pemberian vaksin ini sememangnya wajar diberi pujian, namun cara pendaftaran itu perlu ditambah baik kerana kaedah digunakan sekarang menjadikan semua pemohon saling berebut,” katanya.

Mengulas lanjut Syahredzan berkata, vaksin COVID-19 ini tidak seharusnya menjadi satu komoditi yang perlu direbut dan rakyat tidak wajar berada dalam suasana ini.

“Saya tak melihat ia adalah komoditi yang perlu direbut, rakyat tak seharusnya saling ‘berebut’ vaksin walaupun pada dasarnya sistem berkenaan berfungsi,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kerajaan juga dari sudut perundangan tidak berhak mewajibkan orang ramai mengambil suntikan vaksin buat masa ini.

“Jika seseorang itu rasa ragu-ragu tentang keupayaan sesuatu vaksin itu, kerajaan tidak hak untuk memaksa mereka.

“Pada saya, kesedaran pengambilan vaksin ini masih kurang di kalangan rakyat sehingga menyebabkan merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian, ” ujarnya lagi. - Getaran, 2 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran