web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 5:02PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Januari 2024, dan mengingatkan orang ramai supaya segera melengkapkan vaksinasi mereka di perkhidmatan kesihatan terdekat sementara masih percuma, lapor agensi berita ANTARA.

“Mulai 1 Januari 2024, orang ramai wajib membayar untuk vaksin COVID-19,” menurut Ketua Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta, Ani Ruspitawati, pada Khamis.

Beliau berkata, vaksin COVID-19 berbayar ini membabitkan semua dos vaksin. Bagaimanapun, warga emas dan kumpulan yang mudah terjejas masih diberikan vaksin COVID-19 secara percuma.

Ruspitawati masih belum memperincikan kos yang akan dikenakan bagi setiap dos vaksin kerana masih menunggu mekanisme perkhidmatan dan teknikal daripada Kementerian Kesihatan.

"Mungkin orang ramai dikenakan bayaran biasa seperti vaksin berbayar lain. Bagaimanapun, kita masih perlu menunggu keputusan kementerian," katanya.

Sehingga akhir 2023, beliau mengesahkan bahawa semua vaksin COVID-19 masih percuma dan boleh didapati di semua pusat kesihatan daerah kecil di Jakarta.

Kerajaan wilayah DKI Jakarta turut mengingatkan orang ramai supaya melengkapkan vaksinasi COVID-19, memakai pelitup muka dan menjaga kesihatan bagi mencegah penularan virus sempena cuti Tahun Baharu.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menggesa orang ramai supaya terus memakai pelitup muka dan mengamalkan amalan hidup bersih dan sihat bagi mengelak potensi lonjakan kes COVID-19, terutama dalam kalangan warga emas dan orang yang tidak divaksin.

Terdahulu, Presiden Joko Widodo mengingatkan orang ramai bahawa rawatan pesakit COVID-19 tidak lagi dilindungi oleh kerajaan memandangkan status telah bertukar daripada pandemik kepada endemik.

"Jika anda dijangkiti COVID-19 semasa endemik, anda mesti membayar untuk mendapat rawatan," katanya di Bogor, Jawa Barat pada Jun. - BERNAMA-ANTARA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 29 minit yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad