web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Libas Polis Dengan Parang, Penjenayah Ditembak Mati

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 4:03PM

Mohd Farhan menunjukkan parang yang digunakan suspek.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Padah cuba melibas polis dengan parang, seorang penjenayah kes curi ditembak mati di Kampung Panji Laut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan di bahagian kaki, perut dan rusuk kanan lelaki yang dikenali sebagai Jamalsalih Kaldo, 40.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, terdahulu sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan serbuan ke atas sebuah rumah atas air di kampung berkenaan sebelum menemui suspek yang berada dalam sebuah bilik di situ.

“Menyedari kehadiran polis, lelaki itu bertindak mengambil parang sebelum melibas dan cuba menyerang polis.

“Satu das tembakan dilepaskan mengenai peha kanan suspek bertujuan untuk melemahkannya,” katanya kepada media, hari ini.

Bagaimanapun, suspek katanya masih bertindak agresif dan cuba menyerang polis sambil melibas-libaskan parangnya, menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan mengenai perutnya.

“Suspek kemudian cuba mengambil lastik dan besi yang dikenali sebagai ‘pitik’ (fyling feather) dan menyerang anggota bertugas, menyebabkan dua lagi tembakan dilepaskan mengenai perut dan rusuk kanan sebelum lelaki itu rebah di lantai.

“Suspek dihantar ke Hospital Semporna sebelum disahkan meninggal dunia jam 12.40 tengah malam,” katanya.

Menurut Mohd Farhan, suspek  yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu dipercayai terlibat dengan sembilan kejadian pecah rumah dan curi sekitar daerah ini sejak tahun lalu dengan anggaran kerugian mencecah RM80,000.

“Dia juga mempunyai empat rekod jenayah lampau sejak 2008 dan penjara selama beberapa tahun termasuk satu kes serangan ke atas polis menggunakan parang pada tahun 2013.

“Seperti juga kejadian pada Jumaat lalu, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan dan mengenai kaki suspek bagi tujuan mempertahankan diri,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini polis masih menunggu ujian saringan COVID-19 sebelum bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh.

Polis turut merampas parang berukuran 70 sentimeter, lastik dan empat besi yang ditajamkan (peluru) berukuran 13 sentimeter dan sebilah pisau. - Getaran, 2 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran