web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saifuddin Luluskan Pelantikan Saya, Akui Tak Akan Timbul Masalah - Lina Tan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 8:53PM

Saifuddin Abdullah telah meluluskan pelantikan pengasas Red Communications, Lina Tan sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS pada 2020, walaupun terdapat potensi untuk mencetuskan konflik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia (kini dikenali sebagai Komunikasi dan Digital), Datuk Seri Saifuddin Abdullah meluluskan pelantikan pengasas Red Communications, Lina Tan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 2020, walaupun terdapat potensi untuk mencetuskan konflik.

Tan hari ini mendedahkan, perkara itu sudah diberitahu secara rasmi namun menurut kementerian, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

“Saya, Lina Tan dilantik sebagai Ahli Lembaga FINAS pada Jun 2020, dan pada waktu itu saya sudah jelaskan secara bertulis bahawa perkara ini berpotensi mencetuskan konflik. Perkara ini sudah diambil maklum dan diminitkan pada 8 Julai 2020. Ia selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga mengakui apa yang saya katakan, apabila ia dipanjangkan ke pengetahuan menteri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS ketika itu, Dr Ahmad Idham.

“MCMC mendapati tiada konflik akan wujud kerana Ahli Lembaga Pengarah tidak terlibat dalam pemberian geran atau kontrak. Memandangkan Lembaga Pengarah tidak memantau urusan harian FINAS, perkara itu dianggap tidak penting,” katanya.

Siri Kedua Laporan Ketua Audit Negara 2021 mendedahkan, Red Communications menerima RM200,000 untuk filem Sa Balik Baju, yang antara menampilkan artis popular seperti Mira Filzah, Kaka Azraff dan Juliana Evans.

Filem 'Sa Balik Baju' menampilkan artis popular seperti Mira Filzah, Kaka Azraff dan Juliana Evans - Gambar Fail
Filem 'Sa Balik Baju' menampilkan artis popular seperti Mira Filzah, Kaka Azraff dan Juliana Evans - Gambar Fail

Pemeriksaan yang dibuat mendapati, Tan, wakil korporat Astro, Agnes Kim Rozario dan pengarah filem, Shamyl Othman disenaraikan sebagai Pengarah Syarikat Red Communications.

Tan dan Astro Entertainment Sdn Bhd disenaraikan sebagai pemegang saham Red Communications, dengan Tan adalah pemegang terbesar.

Mengulas lanjut, Tan meluahkan rasa kesal dengan tuduhan yang terkandung dalam laporan berkenaan, dan menambah, syarikatnya tidak pernah memohon sebarang geran milik FINAS sepanjang dia bergelar Ahli Lembaga Pengarah.

“Sepanjang tempoh dua tahun itu, Red Communications tidak pernah memohon sebarang geran FINAS. Red Communications ialah syarikat bereputasi tinggi dengan pengalaman selama 23 tahun.

“Red Communications telah bekerjasama dengan penyiar tempatan ASTRO dan syarikat antarabangsa seperti National Geographic, Disney dan The History Channel.

“Kami memandang serius dakwaan dalam laporan Ketua Audit Negara dan sudah menyerahkan surat penjelasan kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, bersama semua dokumen sokongan dan minit mesyuarat yang diadakan di FINAS.

“Salinan surat ini turut diserahkan kepada CEO FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim,” kata Tan, sambil menambah, beliau sanggup bertemu dengan Ketua Audit Negara dan menjelaskan kedudukan sebenar. - Getaran, 22 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PERKESO Salur Geran RM4 Juta Pertingkat Aktiviti Pencegahan Kemalangan Industri

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kandungan Palestin Disekat, KKD Temui TikTok Esok - Fahmi

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran