web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dana KKOM Disalurkan Kepada Syarikat Dikait Dengan Keluarga, Pengarah FINAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:09AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Wang lebih RM4 juta daripada skim pembiayaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) sebelum ini disalurkan kepada syarikat yang dikaitkan dengan pengarah dan ahli jawatankuasa Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) serta ahli keluarga mereka.

Sebanyak enam syarikat didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2.

Menurut laporan itu, dana yang disalurkan kepada syarikat berkenaan adalah berkaitan dengan projek siri televisyen dan filem.

Menurut laman web FINAS, Dana Kandungan Digital diperkenalkan pada April 2015.

Dana itu yang dahulunya dikenali sebagai Dana Industri Kandungan Digital, bertujuan menjadi kesinambungan kepada Dasar Industri Kreatif Negara, yang dilancarkan pada 2012 untuk merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan dan menjadikannya lebih berdaya saing, termasuk di peringkat antarabangsa.

Salah sebuah syarikat yang dikenal pasti ialah Veedu Production Sdn Bhd yang menerima RM500,000 daripada Dana Kandungan Digital untuk projek ‘Pengirl Rock’.

Laporan Ketua Audit Negara menjelaskan syarikat itu dimiliki oleh ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Carian syarikat oleh The Vibes mendedahkan Denes Kumar Ragupathy dan Vimala Perumal dinamakan sebagai pengarah dan pemegang saham syarikat itu.

Denes Kumar dilaporkan telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Sementara itu, laporan tersebut turut mengenal pasti Current Pictures Sdn Bhd menerima dana bernilai RM2 juta untuk penerbitan filem ‘Rain Town’.

‘Rain Town’ ialah sebuah filem yang akan diarahkan oleh Tunku Mona Riza, yang menurut semakan syarikat juga merupakan pengarah dan pemegang saham Current Pictures.

Suaminya, Ku Mohamad Haris Sulong turut berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Syarikat lain yang disenaraikan dalam laporan itu ialah Red Communications Sdn Bhd, yang menerima RM200,000 untuk filem ‘Sa Balik Baju’, menampilkan barisan pelakon popular seperti Kaka Azraff, Mira Filzah dan Juliana Evans.

Berdasarkan semakan yang dilakukan, Lina Tan Suan Jeu iaitu ahli Lembaga Pengarah FINAS, Pengarah Kandungan Astro, Agnes Kim Rozario dan Pengarah filem, Shamyl Othman disenaraikan sebagai Pengarah syarikat Red Communications.

Lina Tan dan Astro Entertainment Sdn Bhd disenaraikan sebagai satu-satunya pemegang saham Red Communications dengan kedua-duanya adalah pemilik saham majoriti.

EY Entertainment Sdn Bhd turut dinamakan dalam laporan Ketua Audit Negara kerana menerima RM100,000 untuk menerbitkan siri televisyen bertajuk Kabut Semalam.

Siri televisyen yang diarahkan oleh Faizal Karim itu ditayangkan di TV AlHijrah.

Walaupun laporan itu menyatakan EY Entertainment dimiliki oleh ahli Lembaga Pengarah FINAS, semakan menunjukkan Wan Aiman ​​​​‘Idlan Wan Mazlan dan Muhamad Rosdin Nasarudin adalah kedua-dua pemegang saham dan pengarah syarikat berkenaan.

Namun setakat berita ini ditulis tidak dapat dipastikan sama ada kedua-duanya mempunyai hubungan dengan FINAS.

Alfanazra Productions Sdn Bhd turut disebut dalam laporan itu kerana menerima RM600,000 berhubung filem Penculikan Leha Lawa.

Semakan mendapati Ahmad Sabri Ahmad Nadzri dan Ahmad Khalid Ahmad Nadzri sebagai pengarah dan pemegang saham syarikat itu.

Difahamkan, kedua-dua individu itu adalah adik-beradik kepada mantan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Nadzri.

Sementara itu, laporan tersebut menyatakan Ohhsem Network Sdn Bhd menerima RM600,000 untuk projek dipanggil ‘Diary Seorang Pendosa’.

Menurut laporan itu, syarikat tersebut dimiliki seorang individu yang berperanan sebagai ahli jawatankuasa FINAS dan berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Ahmad Idham.

Carian syarikat mendedahkan seorang individu bernama Zaharah Othman sebagai pengarah dan pemegang sahamnya.

Hubungannya dengan FINAS tidak dapat disahkan ketika berita ini ditulis.

Larangan yang dinyatakan dalam Akta Finas

Dijelaskan bahawa di bawah Seksyen 14 Akta FINAS 1981, sesiapa yang dilantik menganggotai Lembaga Pengarah atau ahli jawatankuasa, atau mempunyai sebarang hubungan dengan FINAS adalah dilarang daripada mempunyai kepentingan dalam mana-mana organisasi atau syarikat yang terlibat dalam penerbitan filem atau memasuki kontrak dengan perbadanan itu.

Selain itu, laporan tersebut menjelaskan sesiapa yang melanggar Seksyen 14 akan diberhentikan daripada menjadi ahli Lembaga Pengarah atau ahli jawatankuasa berkaitan.

Maklum balas yang diberikan oleh KKOM kepada Ketua Audit Negara mendedahkan tindakan ke atas perkara itu sudah diambil.

“FINAS menyediakan notis untuk dibentangkan kepada Lembaga Pengarah baharu yang memaklumkan ahli baharunya supaya mengelak daripada melanggar peruntukan yang dinyatakan dalam Seksyen 14.

“Keputusan sudah dibuat pada September 2022 untuk mengemukakan surat rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara berkaitan Dana Kandungan Digital,” kata laporan itu. - The Vibes, 20 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad