web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5G Berjaya Dilaksana Di Miri, Bawa Harapan Baharu Untuk Pelbagai Aspek

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 8:49PM

Pameran 5G ini telah menyaksikan demonstrasi penuntut Universiti Curtin di Miri dihubungkan dengan peralatan 5G untuk berinteraksi secara maya dengan Dr Syafikah Saidin, yang juga pensyarah kanan UTM di Kuala Lumpur. - Gambar oleh Stephen Then

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI – Projek perintis pembelajaran jarak jauh menggunakan teknologi 5G berjaya dilaksanakan di Miri hari ini, sekali gus membawa harapan baharu terhadap aplikasi teknologi digital canggih dalam aspek pendidikan dan kesihatan.

Gergasi telekomunikasi, Ericsson dan Digital Nasional Bhd (DNB) mengadakan pameran 5G di kampus Universiti Curtin Malaysia di sini.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohd, ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, 

David Hagerbro, dan pemangku Ketua Pegawai Operasi Curtin, Profesor Madya Pieter Willem.

Liwan pada majlis tersebut juga melahirkan rasa gembira dengan kejayaan pelancaran rangkaian 5G di Miri.

“Ini ialah pembangunan yang amat penting, dan ia menunjukkan kita sudah bersedia untuk menggunakan teknologi komunikasi 5G.

“Ini akan mengundang lebih banyak prospek untuk sektor kesihatan dan pendidikan, malah turut mencakupi aplikasi dalam sektor perindustrian, pengeluaran, perniagaan komersil dan pertanian,” katanya.

Pelancaran tersebut yang diadakan di kampus universiti, kira-kira 25 kilometer dari timur laut bandar Miri turut disaksikan tetamu mewakili agensi kerajaan dan sektor swasta.

Majlis tersebut menyaksikan penuntut Curtin dihubungkan dengan peralatan 5G untuk mengambil bahagian dalam interaksi secara maya bersama pensyarah kanan, yang berada 1,400 kilometer jauhnya iaitu di Kuala Lumpur.

Pensyarah tersebut, Dr Syafikah Saidin ketika sesi itu berada di dewan kuliah yang terletak di kompleks Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur.

Beliau mengadakan sesi pembelajaran mengenai kajian terperinci jantung manusia.

Mereka turut mengambil swafoto, seolah-olah kesemuanya berada dalam dewan kuliah yang sama.

Liwan berkata, jurang digital perlu dikurangkan sebagai persediaan untuk memperluas aplikasi 5G.

“Jurang antara kawasan bandar dan pedalaman perlu dirapatkan jika kita mahu semua sekolah dan sektor penting lain memperoleh manfaat daripada kecanggihan teknologi telekomunikasi.

“Di Sarawak, usaha merapatkan jurang ini memerlukan komitmen semua pihak,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga itu turut memuji Ericsson, DNB dan University Curtin atas kejayaan teknologi 5G itu.

Beliau yakin mereka mampu membantu kerajaan mengukuhkan lebih banyak rangkaian 5G dan jaringan di bahagian lain negeri itu. - The Vibes, 18 Februari 2023








 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran