web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isteri Dan Seorang Lelaki Dituduh Bunuh Suami

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 6:36PM

Media sebelum ini melaporkan perbuatan seorang lelaki yang dipercayai membunuh suami kekasihnya dan menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang sebuah pusat jagaan orang tua - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang isteri bersama seorang lelaki warga India didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh suami wanita itu dua tahun lepas.

Lachhami Devi, 23, juga warga India dan Varun Kumar, 30, didakwa bersama-sama membunuh Arshdeep Singh, 25,  (warga India)  di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Hill, Subang Jaya, pada 1.30 pagi, 31 Okt 2021.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian manakala peguam Dr Pritam Singh Doal mewakili Varun sementara Lachhami tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April depan.

Media sebelum ini melaporkan perbuatan seorang lelaki yang dipercayai membunuh suami kekasihnya dan menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang sebuah pusat jagaan orang tua, dua tahun lepas akhirnya terbongkar.

Pihak polis menerima laporan daripada orang awam, berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa di lokasi tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pelakon Hafidz Roshdi Cedera Bekas Isteri Bermula 6 Februari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek