web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Kes Pelakon Hafidz Roshdi Cedera Bekas Isteri Bermula 6 Februari

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 2:06PM

Mahkamah menetap 6 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi (kiri) yang dituduh mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KUBU BHARU - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan dua hari bermula 6 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya pada Mac lalu.

Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri dan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29 tahun.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 dan 7 Februari tahun depan. Prosiding perbicaraan itu akan bermula pada jam 11 pagi,” kata Siti Fatimah. 

Terdahulu, Asmaa’ memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan sudah memfailkan representasi dan telah diserahkan kepada pendakwaan.

Akberdin mengesahkan pihaknya sudah memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan dihadapi anak guamnya pada 28 September lalu.

Pada 13 Mac lepas, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya (ketika itu) Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.

Pelakon drama itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada jam 3.22 pagi, 2 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Pada 27 Julai lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa