web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasar Raya Jual Seluar Dalam Bertulis Ayat Al-Quran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 9:22AM

Pegawai JHEAINS menjalankan serbuan di sebuah premis yang didakwa menjual seluar dalam lelaki tertera cetakan al-Quran di Sandakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Kemuliaan bulan Ramadan dan sensitiviti umat Islam di negara ini tercabar apabila orang ramai menemui seluar dalam lelaki yang tertera cetakan al-Quran di sebuah pasaraya Batu 8, di sini, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu disedari seorang penduduk yang membeli seluar dalam berkenaan, sebaik memeriksanya di rumah.

Berdasarkan pemerhatian dilakukan, seluar dalam itu dihiasi beberapa corak tulisan, termasuk dua baris tulisan Arab, dipercayai petikan dari surah al-Hijr.

Curiga melihat perkara itu, lelaki terbabit memberitahu rakannya, sebelum beberapa keping gambar seluar dalam berjenama terkenal itu dimuat naik di media sosial Facebook dan tular.

Ia mendapat perhatian orang ramai yang bertindak mengecam insiden tersebut dan meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab kerana menghina Islam dan kitab suci al-Quran.

Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan melakukan pemeriksaan di premis berkenaan bagi melakukan siasatan, semalam.

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, hasil pemantauan dilakukan, pihaknya mendapati kejadian itu sememangnya berlaku.

"Semakan mendapati terdapat sepotong ayat al-Quran dari surah al-Hijr dengan beberapa cetakan pada bahagian depan dan belakang pakaian dalam berkenaan.

"Pemantauan turut dilakukan di lokasi lain sebelum menemui sebuah lagi pasaraya di daerah ini menjual pakaian yang sama," katanya kepada Getaran.

Tambah Romzi, pengurusan premis berkenaan sudah diarahkan untuk menyimpan semula semua pakaian dalam terbabit dan menarik semula jualan.

"Siasatan terperinci akan dilakukan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya. – Getaran, 1 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar