web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buat Pertama Kalinya, PM Adakan Perhimpunan Bulanan Di Lokasi Tertutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 12:20PM

Anwar beramah mesra bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada majlis perjumpaan bulanan bagi bulan Februari 2023 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bertepatan dengan janjinya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar tempat mesyuarat bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dari Dataran Perdana ke lokasi tertutup yang lebih selesa.

Perhimpunan bulanan itu diadakan di dewan serbaguna, Dewan De’ Seri Endon di Puspanitapuri di sini, hari ini.

Menurut dua pegawai JPM, ia adalah kali pertama perhimpunan itu diadakan di luar kompleks pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra.

Semua Perdana Menteri terdahulu, mengadakan perhimpunan bulanan itu di kawasan lapang di Dataran Perdana, sejak pentadbiran kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya lebih dua dekad lalu.

Keputusan Anwar untuk mengadakan perhimpunan di tempat tertutup, susulan kenyataannya bulan lalu ketika berucap kepada penjawat awam bahawa acara terbabit akan dipindahkan dari tempat biasa di kawasan terbuka.

Jelasnya, dia kasihan dengan pegawainya yang terpaksa berpanas ketika beliau menyampaikan ucapan.

Anwar berkata, beliau kadang-kadang bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sama ada perhimpunan itu mesti diadakan di luar di bawah sinar matahari.

“Mestikah perhimpunan ini diadakan di bawah matahari? Adakah tiada alternatif lain?”

“Tidak bolehkah kita melakukannya di tempat teduh? Saya rasa bersalah apabila bercakap terlalu lama kerana panas,” katanya sebelum ini. - The Vibes, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad