web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Kabinet Berjaya Dalam Beberapa Bulan?, ‘Saya Lihat…’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 10:44AM

Anwar berkata, sepanjang kira-kira dua bulan memikul amanah diberikan, anggota Kabinetnya bertindak dengan kesungguhan, bertanggungjawab dan pantas. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Jemaah Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya melaksanakan tugas dengan baik sejak memegang jawatan itu awal Disember lalu.

Beliau berkata, sepanjang kira-kira dua bulan memikul amanah diberikan, anggota Kabinetnya bertindak dengan kesungguhan, bertanggungjawab dan pantas.

Malah, katanya segala arahan dan komitmen ketika perjumpaan dilaksanakan dengan baik.

“Adakah dalam masa beberapa bulan saya lihat ada kejayaan (Kabinet), ya, saya tidak boleh nafikan, setiap arahan, setiap perjumpaan ada kesungguhan.

“Baik soal pekerja asing atau beberapa dasar lain, soal menangani masalah banjir diketuai TPM (Timbalan Perdana Menteri) Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ataupun keputusan semalam mengirim Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam kadar segera ke Turkiye yang diselaraskan saudara Armizan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali).

“Jadi saya tengok ada keinginan rakan-rakan baik pimpinan atau penjawat awam mengorak langkah dengan lebih pantas, dengan lebih bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Februari 2023 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya hari ini.

Pada 2 Disember tahun lalu, Anwar mengumumkan 28 anggota Kabinet bagi jawatan Menteri yang turut menyaksikan beliau memegang portfolio Kewangan.

Kabinet Anwar menyaksikan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri, iaitu disandang Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ahmad Zahid turut memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Fadillah dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komuniti.

Manakala, seminggu kemudian, iaitu pada 9 Disember, Anwar mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Istiadat Angkat Sumpah Anggota Kabinet bagi Menteri dan Timbalan Menteri, masing-masing berlangsung pada 3 dan 10 Disember di Istana Negara. - Getaran, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad