web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Guna Alasan Agama, Kaum Pertikai Tindakan Banteras Rasuah - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:27PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin politik agar tidak menggunakan alasan agama dan kaum untuk mempertikaikan tindakan membanteras rasuah termasuk langkah pembekuan akaun parti politik.

Tegas beliau, soal pembekuan akaun parti politik bukan perkara yang baharu.  

Menurutnya, ketika akaun parti UMNO dibeku sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memberi sokongan yang kuat dalam mempertahankan tugas dan profesionalisme Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sekarang pembekuan itu dilakukan terhadap akaun BERSATU kerana jumlahnya besar. Dan (ia) dikaitkan juga dengan beberapa keputusan kerajaan di bawah pimpinan beliau.

“Sepatutnya mereka bersiap untuk memberikan penjelasan di mana yang perlu dan jangan ganggu badan penguatkuasaan sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau SPRM dan kemudiannya, andai kata ada pendakwaan, biar badan kehakiman bertindak secara bebas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram dan siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau membuat gesaan berkenaan kerana terdapat pihak yang menggunakan alasan agama bagi mempertikaikan sesuatu tindakan.

Jelas beliau, alasan agama apatah lagi dalam Islam tidak boleh digunakan untuk mempertahankan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tegasnya, Islam menolak penyalahgunaan kuasa dan fasad dalam sistem yang berpunca terutama daripada rasuah yang bermaharajalela di dalam sesebuah negara.

“Itu gesaan saya supaya tidak perlu kita tekankan perkara ini berulang kali tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.

“Beri peluang badan penguatkuasaan bertindak dengan tegas. Kalau bersih dan tiada rasuah, tidak usah takut. Semua uar-uarkan kita ini parti yang bersih dan mahu mewujudkan kerajaan yang bersih.

“Sepatutnya kita sokong semua (tindakan) bagaimana harus kita bersihkan (gejala rasuah). Kalau tidak kita (perlu) berikan wenang (ruang) dan kuasa lebih untuk badan penguatkuasa menjalankan dan menyempurnakan tugas mereka,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut merayu kepada orang ramai supaya memberi kerjasama dan menyokong langkah dilaksanakan oleh kerajaan terutama berkaitan isu pengurusan tatakelola kerajaan (good governance).

Tambah beliau, kerajaan perpaduan pimpinannya bermula dengan tekad yang amat jelas iaitu untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di negara ini.

“Kita mahu langkah ini berkesan untuk menyelamatkan negara dan ia merentasi parti, kaum, wilayah, negara. Kita di ambang kerosakan kerana keterlanjuran dan rasuah sudah menjadi sebahagian daripada sistem yang disebut sistemik, yang tidak mudah dirungkai.

“Percayalah, saya sudah beberapa bulan dalam kerajaan, saya lebih yakin masalah ini memang rumit dan sukar dirungkai,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad