web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Letak TVET Bawah Satu Kementerian Bagi Memperkemas Dasar, Galak Bakat’ – Kula Segaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 8:08PM

Ketika ini, terdapat banyak TVET di bawah kementerian berbeza yang menawarkan kursus sama dan dilihat tidak memenuhi kapasiti - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mempertimbang untuk meletakkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah satu kementerian dalam usaha menangani isu ketidakpadanan bakat.

Mantan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, langkah meletakkan TVET di bawah satu kementerian adalah bagi membolehkan ia mendapat tumpuan dan penyelarasan dasar lebih teratur.

“Apabila kami mempertimbangkan peruntukan TVET sebelum ini, ia adalah sebanyak RM6.7 bilion semasa Bajet 2023 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan (KKM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Ini menimbulkan syak wasangka kerana tiada usaha untuk menyelaraskan dasar atau menangani ketidakpadanan bakat. Saya juga bimbang bahawa kita mempunyai kurang daripada 28 peratus tenaga terlatih mahir, berbanding Singapura yang ada 60 peratus.

“Itulah sebabnya semasa saya menjadi Menteri Sumber Manusia, satu jawatankuasa Kabinet diketuai Nurul Izzah Anwar ditubuhkan untuk menangani isu ini. Oleh itu, saya cadangkan perkara ini dilakukan sekali lagi, tetapi bukan sekadar mempunyai jawatankuasa TVET, tetapi untuk memperkemaskannya di bawah satu bumbung,” katanya menerusi kenyataan.

M Kula Segaran berkata, langkah meletakkan TVET di bawah satu kementerian adalah bagi membolehkan ia mendapat tumpuan dan penyelarasan dasar lebih teratur - Gambar Fail
M Kula Segaran berkata, langkah meletakkan TVET di bawah satu kementerian adalah bagi membolehkan ia mendapat tumpuan dan penyelarasan dasar lebih teratur - Gambar Fail

Kula Segaran memberitahu, ketika ini terdapat banyak TVET di bawah kementerian berbeza yang menawarkan kursus sama dan dilihat tidak memenuhi kapasiti.

Menurutnya, sebagai menteri terdahulu, beliau sudah mencadangkan supaya beberapa institut TVET dikorporatkan supaya ia lebih berakauntabiliti, selain terlibat dengan pihak swasta dan memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata, pihaknya juga membenarkan beberapa pemain industri menyertai lembaga pengarah institut berkenaan untuk menyumbang ke arah peningkatan institut TVET terbabit.

“Saya juga mengarahkan kementerian saya memastikan semua institut TVET di bawah KSM dibuka untuk latihan selepas waktu bekerja bagi memenuhi keperluan orang ramai yang bekerja.

“Tetapi ini terhenti selepas tempoh perkhidmatan saya berakhir pada 2020. Saya juga mengumumkan banyak inisiatif berhubung pembelajaran TVET, IR4.0 dan Society 5.0,” ujarnya.

Sejak itu, beliau memberitahu, kekurangan penyelarasan mengakibatkan kerugian kewangan besar dan aspek penciptaan bakat tidak diurus dengan baik.

Jelasnya, kerajaan yang mengambil alih pada tahun 2020 gagal memberikan idea baharu untuk memartabatkan institusi TVET negara.

“Kita memulakan latihan TVET di negara ini pada tahun 1964, namun hari ini institut kita ketinggalan zaman. Kita memerlukan pelaburan besar untuk memulakan era baharu pembelajaran TVET di Malaysia, malah tidak takut untuk belajar dari Singapura dan Jepun yang mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi serta menjadikan mereka lebih berjaya daripada kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata, belia di negara ini layak menunjukkan keupayaan dan infrastruktur untuk mereka perlu disediakan agar terus berjaya.

“Kadar pengangguran belia kita adalah tinggi dan membimbangkan.

“Inilah sebabnya mengapa kita perlu mempunyai TVET di bawah satu bumbung untuk mula membuat perubahan ketara dalam cara kita mengendalikan pembelajaran TVET,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

100 Peserta Pertama JELITA@RISDA Miliki SKM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad