web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kg Sg Baru: PM Buat Keputusan Selepas Perbincangan Menyeluruh, ‘Tunggu Sikit Lagi’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 2:03PM

Wakil 'majoriti' penduduk Kg Sg Baru, Mohd Adam Abdul Aziz (dua kiri) menyerahkan memorandum kepada Azman Abidin, tanda sokongan pembangunan semula kawasan tersebut. - Gambar oleh Danial Dzulkifly

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan kaedah terbaik untuk pembangunan semula Kampung Sungai Baru, selepas semua pihak berkepentingan berkaitan terlibat, kata Setiausaha Politiknya, Azman Abidin.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Tambun itu sedia maklum dengan masalah pembangunan semula dihadapi sebahagian pemilik rumah di situ sejak 2016 dan komited mencari penyelesaian.

Bagaimanapun, Azman berkata, beliau tidak dapat memberikan garis masa muktamad untuk Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai kaedah itu, walaupun beliau memberi jaminan bahawa ia akan diselesaian ‘tidak lama lagi, berikutan sedang mendapatkan fakta, termasuk penglibatan dengan agensi berkaitan.

“Saya juga akan melakukan bahagian saya untuk bertemu dengan pemilik rumah, pemaju dan Ahli Parlimen bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dan menyampaikannya kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada sidang media diadakan beberapa penduduk Kampung Sungai Baru di sini, hari ini .

Sidang media itu diadakan kumpulan berkenaan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘majoriti’ penduduk yang menyokong pembangunan semula kawasan tersebut dan mahu ia dimulakan segera.

Mereka tidak menerima notis pengusiran baru-baru ini kerana bersetuju menerima pampasan dan unit baharu yang akan ditawarkan di kawasan dibangunkan semula itu, selepas kerja pembangunan siap.

Wakil kumpulan itu, Mohd Adam Abdul Aziz berkata, pemilik rumah di sini ‘kecewa’ dengan keputusan Anwar menghentikan pembangunan semula seperti diumumkan bulan lalu melalui Azman.

Adam berkata, walaupun majoriti menerima jumlah pampasan itu, hanya sekumpulan penduduk ‘minoriti’ menentang jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

Katanya, perbezaan pendapat mereka tidak mewakili sentimen majoriti pemilik rumah yang terjejas.

“Kami majoriti merasakan hak dan suara kami dinafikan apabila tiada usaha daripada kerajaan untuk mendengar kebimbangan kami.

“Kenyataan dikeluarkan pejabat anda (Perdana Menteri) baru-baru ini untuk menghentikan sementara projek itu, mengecewakan dan menjejaskan emosi kami.

“Kami tidak menentang sebarang hasrat atau usaha kerajaan untuk menegakkan hak pemilik...usaha sama juga harus ditujukan kepada kami, majoriti yang bersetuju dengan projek pembangunan semula itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, majoriti juga mahu pampasan itu dibayar pemaju, bukan kerajaan.

Dalam sidang media hari ini, Adam turut menyerahkan memorandum menyatakan majoriti penduduk menyokong pembangunan semula itu kepada Azman.

Pada 29 Januari lalu, satu lagi kumpulan pemilik rumah di Kampung Sungai Baru mengadakan sidang media bagi memohon campur tangan kerajaan untuk mendapatkan pampasan lebih adil.

Kumpulan penduduk diketuai Lele Suzana Kudari berkata, pemilik rumah enggan ‘dibuli’ atau ‘dipaksa’ menerima perjanjian berat sebelah yang memihak kepada pemaju.

Menjelaskan bahawa kumpulan itu tidak menentang pembangunan semula, Lele berkata, sebarang penilaian atau pampasan untuk pemilik rumah yang terjejas mesti memastikan situasi ‘menang-menang’ dicapai untuk semua pihak terlibat.

Sebelum ini, penduduk Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan pampasan ditawarkan, menerima perintah pengusiran dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur pada 19 Disember 2022.

Perintah pengusiran memberi mereka tempoh 30 hari untuk berpindah atau sehingga 19 Januari untuk mengosongkan rumah.

Bagaimanapun, baru-baru ini, pengusiran itu ditangguhkan susulan arahan Anwar dan ia berkuat kuasa untuk tempoh tidak ditentukan sehingga perkara itu diselesaikan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 64 unit rumah teres dan lapan blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru, menjadi sebahagian daripada proses pengambilan tanah bermula pada 2021.

Kampung Sungai Baru adalah sebahagian daripada 11 bidang tanah yang membentuk kawasan ikonik Melayu Kampung Baru, terletak di ibu negara. – The Vibes, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar