web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Palu: Beberapa Lokasi Sekitar Lembah Klang Ditutup, Dilencong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 11:12AM

Ia bertujuan melancarkan pergerakan membawa Pedati (Chariot) dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee di sini ke Kuil Subramaniam, Batu Caves, Selangor. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi jalan di sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan menerusi Op Palu bagi melancarkan pergerakan membawa Pedati (Chariot) dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee di sini ke Kuil Subramaniam, Batu Caves, Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ia juga adalah sebahagian daripada keselamatan sempena pergerakan itu.

“Seramai 682 pegawai dan anggota polis Kuala Lumpur ditugaskan bagi melancarkan perjalanan dan keselamatan lalu lintas semasa pergerakan tersebut.

“Ekoran itu, beberapa lokasi jalan ditutup dan dilencongkan bermula 3 Februari jam 10.00 malam hingga 4 Februari jam 4.00 pagi, selain 6 Februari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rombongan mengiringi pergerakan pedati mula meninggalkan Kuil Sri Maha Mariamman menuju ke Kuil Subramaniam, Batu Caves sejak malam tadi. - Gambar oleh Azim Rahman
Rombongan mengiringi pergerakan pedati mula meninggalkan Kuil Sri Maha Mariamman menuju ke Kuil Subramaniam, Batu Caves sejak malam tadi. - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau berkata, antara lokasi ditutup dan dilencongkan itu adalah Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Perak/Pudu, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang dan Jalan Munshi Abdullah.

Katanya, lokasi lain adalah Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua arah).

Azmi berkata, orang awam dinasihatkan agar merancang perjalanan awal serta memilih laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Polis Kuala Lumpur juga menasihatkan agar orang ramai tidak mengganggu gugat ketenteraman awam semasa pergerakan membawa Pedati tersebut.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, (ia) boleh disalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

JMG Belum Terima Permohonan Ulasan Teknikal Restoran Dalam Gua Batu Kapur

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Warga Asing Ditahan Cuba Ragut Rantai Leher Pengunjung Kuil Batu Caves

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Thaipusam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad