web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 4:29PM

Menteri Digital, Gobind Singh Deo. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membantu pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves dalam aspek dana pembangunannya, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

"Jawatankuasa ini telah pun memberi taklimat berkenaan dengan pembaharuan yang telah pun dibawa (dilaksanakan) beberapa tahun ini, khususnya dari segi bangunan di kawasan kuil ini dan mereka masih ingin meneruskan dengan kerja-kerja seterusnya, serta memerlukan peruntukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, berhubung jumlah peruntukan, perkara itu akan diuruskan selepas pihaknya menerima permohonan daripada pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy.

Sementara itu, Gobind yang juga Ahli Parlimen Damansara berkata, kementeriannya akan memastikan supaya maklumat dan visual mengenai perayaan Thaipusam dapat disalurkan ke seluruh dunia.

"Saya percaya kita akan dapat lihat lebih ramai yang akan datang (ke sini) untuk mengalami sendiri suasana sambutan perayaan ini," katanya.

Pada 19 Januari lalu, pengurusan Kuil Hindu Batu Caves dilaporkan akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil itu, Tan Sri R. Nadarajah berkata, eskalator itu adalah satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti, bersama-sama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Warga Asing Ditahan Cuba Ragut Rantai Leher Pengunjung Kuil Batu Caves

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Thaipusam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ucap Selamat Menyambut Thaipusan Kepada Masyarakat Hindu

4

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Selepas 2 Tahun Suram, Thaipusam Tahun Ini Disambut Meriah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar