web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Warga Asing Ditahan Cuba Ragut Rantai Leher Pengunjung Kuil Batu Caves

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 4:24PM

Suasana di sekitar Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves yang dibanjiri penganut Hindu yang merayakan sambutan perayaan Thaipusam hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang, ketika mangsa berusia 64 tahun sedang berjalan kaki bersama dua cucunya berusia 17 dan 15 tahun, di tepi jalan berhampiran kuil terbabit.

"Mangsa kemudiannya ditolak oleh suspek yang cuba menarik rantai leher warga emas itu. Ketika kejadian berlaku, terdapat saksi awam yang melihat dan menjerit menyebabkan suspek melepaskan rantai ditarik sehingga putus dan jatuh di atas jalan.

"Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, permohonan tahanan reman terhadap suspek berusia 45 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

"Kita menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dalam menjaga keselamatan harta masing-masing semasa mengunjungi serta merayakan Thaipusam di Kuil Batu Caves," katanya.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp Yap Chin Chua di talian 019-9969469 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad