web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JMG Belum Terima Permohonan Ulasan Teknikal Restoran Dalam Gua Batu Kapur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 5:09PM

Restoran Gua Lepak. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha perniagaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengulas aspek teknikal terhadap cadangan atau aktiviti perniagaan di sebuah gua batu kapur di Gombak, Selangor.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zamri Ramli berkata, mengikut prosedur diamalkan dalam cadangan pembangunan fizikal, pihak pemaju perlu membuat permohonan pemajuan kawasan tersebut kepada PBT.

"PBT perlu memohon ulasan teknikal bagi permohonan cadangan pemajuan kepada JMG, yang juga satu daripada Agensi Tekninal Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada isu kebimbangan orang ramai berhubung Restoran Gua Lepak, Bukit Batu Caves di Taman Industri Bolton, Gombak, Selangor yang terletak di dalam gua batu kapur itu sepertimana dibangkitkan beberapa kali dalam media tempatan.

Antara isu diutarakan adalah isu keselamatan pengunjung premis, risiko bencana geologi, pemuliharaan fosil di tapak, status kebenaran operasi restoran dan risiko vandalisme.

Selain itu, kewujudan restoran berkenaan dibimbangi menyebabkan gangguan biodiversiti endemik serta isu pemuliharaan dan kelestarian terhadap geotapak tersebut yang juga sebahagian daripada Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp).

Menurut Zamri, sebarang pembangunan di kaki bukit batu kapur perlu merujuk kepada Garis Panduan Penentuan Zon Bahaya Di Sekitar Bukit Batu Kapur dikeluarkan oleh JMG bagi menentukan zon keselamatan di sekitar kawasan tersebut.

Dalam konteks pembangunan geopark, beliau berkata, kesejahteraan masyarakat dan penjanaan ekonomi masyarakat setempat adalah satu daripada elemen yang dapat menambah nilai kepada geopark.

"Bagaimanapun, aktiviti tambah nilai ini perlulah selari dengan konsep pembangunan geopark melibatkan tiga elemen penting iaitu pemuliharaan, pendidikan serta pembangunan secara lestari," katanya.

Beliau berkata, JMG menyarankan supaya Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark negara yang diputuskan untuk dipakai ketika Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-42 diterjemahkan dalam setiap pembangunan geopark. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Warta Hutan Batu Kapur Sebagai HSK Cara Terbaik Kekal Kelestarian

2

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Selepas 2 Tahun Suram, Thaipusam Tahun Ini Disambut Meriah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Perayaan Thaipusam Kembali Meriah Di Seluruh Negara

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Thaipusam: Polis Jangka Lebih 300,000 Pengunjung Di Batu Caves

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar