web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nak Balik Kampung? Lupakan Saja - Polis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 7:53AM

Polis Perak beri amaran pemeriksaan lebih ketat dijalankan di semua SJR kerana dipercayai ramai yang tetap berdegil untuk pulang ke kampung. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Orang ramai yang ingin mencuba nasib merentas negeri tanpa kebenaran terutama ke arah negeri-negeri di Pantai Timur diingatkan agar melupakan hasrat mereka itu kerana polis Perak akan mengetatkan kawalan di laluan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pemeriksaan lebih ketat kini dikuatkuasakan di semua sekatan jalan raya (SJR) kerana ramai dipercayai tetap berdegil mahu bergegas pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut perayaan.

"Sempadan antara Perak dan Pahang terutamanya di Jalan Cameron Highlands di sini adalah laluan utama mereka untuk melakukan perjalanan pulang ke Kelantan dan Pahang.

“Jadi, pemeriksaan dibuat dengan lebih ketat," katanya pada sidang media Program Singgah Sahur Ketua Polis Perak ke Daerah Ipoh di SJR berkenaan awal pagi ini.

Beliau berkata orang ramai diingatkan supaya tidak melanggar larangan dikenakan termasuk cuba memalsukan surat kebenaran rentas negeri kerana polis tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun serta mengarahkan mereka berpatah balik.

Menurutnya, polis Perak telah mengeluarkan 120 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 1 April hingga Rabu lepas dengan kadar pematuhan sebanyak 96 peratus.

Bagaimanapun, bagi yang pulang ke kampung di dalam negeri susulan diberi kebenaran merentas daerah, mereka digalakkan supaya memaklumkan bilik gerakan daerah untuk pemantauan menerusi sistem aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang membolehkan polis bersiapsiaga termasuk rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan, katanya.

Terdahulu, sebanyak 100 petugas barisan hadapan menerima sumbangan biskut raya daripada Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) yang mengikuti program berkenaan di SJR Jelapang, Ampang, Plaza Tol Simpang Pulai dan Jalan Cameron Highlands serta beberapa balai polis.

Presiden PPMP Sayed Hesham Idris berkata program julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan antara pengamal media bersama pihak polis yang saling memerlukan kerjasama dalam melaporkan berita mengenai kejayaan polis dan jenayah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lesen Memandu, Cukai Jalan Tamat Tempoh Kesalahan Terbanyak Dikesan Di KL

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Elak Kongsi Maklumat Operasi SJR Di Aplikasi Waze - Polis

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Aliran Trafik Lengang Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Sekatan Jalan Raya Elemen Utama PKPD Selangor - Arjunaidi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad