web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lesen Memandu, Cukai Jalan Tamat Tempoh Kesalahan Terbanyak Dikesan Di KL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 9:00AM

Orang ramai agar memastikan cukai jalan kenderaan mereka sentiasa diperbaharui walaupun kerajaan kini tidak mewajibkan ia dipamerkan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan seperti sita. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,286 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha bermula Selasa lepas.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur Erick Jusiang berkata tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh merupakan dua kesalahan paling banyak dikesan dalam operasi yang berlangsung dari  27 dan 28 Jun serta 1 dan 2 Julai itu.

"Kesalahan tidak mempunyai lesen memandu melibatkan sebanyak 535 saman dan cukai jalan tamat tempoh pula sebanyak 237 saman.

"Lain-lain kesalahan pula antaranya melibatkan tiada insurans (204), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (115) dan tiada cermin sisi (58)," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi sekatan jalan raya di Jalan Pahang di sini.

Beliau menasihati orang ramai agar memastikan cukai jalan kenderaan mereka sentiasa diperbaharui walaupun kerajaan kini tidak mewajibkan ia dipamerkan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan seperti sita.

Erick juga berkata dalam operasi yang turut disertai oleh Jabatan Imigresen itu, seramai 70 warga asing berusia lingkungan 23 hingga 45 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Warga asing yang ditahan melibatkan 59 lelaki serta 11 wanita dan mereka akan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi proses dokumentasi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam