web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2025 9:04PM

Gambar Facebook JPJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur berjaya mengutip RM237,000 menerusi siri lelongan awam pertama tahun ini melibatkan 124 kenderaan yang disita.

Pengarahnya Hamidi Adam berkata daripada jumlan keseluruhan kenderaan yang dilelong kali ini, ia termasuk 108 kenderaan boleh dilesenkan, 16 kenderaan tidak boleh dilesenkan manakala enam lagi kenderaan klon.

"Kita (JPJ) berjaya lelong sepenuhnya kesemua kenderaan disenaraikan dengan bidaan tertinggi diterima sebanyak RM27,000 untuk sebuah lori tipper Mitsubishi Canter, manakala bidaan terendah hanya RM200 untuk sebuah motosikal Modenas 'scrap'," katanya kepada pemberita selesai sesi lelongan itu di sini hari ini.

Beliau berkata kenderaan terbabit diperoleh hasil sitaan JPJ menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan, melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada cukai jalan, tiada insurans dan mendapatkan lesen sah.

"Sekiranya pemilik tidak menuntut kenderaan yang disita dalam tempoh tiga bulan, kita akan bawa kes ke mahkamah untuk proses lucut hak sebelum dilelong," katanya.

Hamidi berkata lelongan seumpama itu diadakan dua kali setahun dan sambutan kali ini menggalakkan walaupun pada sesi kali ini, hanya 85 pembida yang menyertai, kurang daripada sasaran 100 pembida.

Beliau berkata pihaknya turut mengutip wang tambahan RM8,500 iaitu hasil jualan buku berharga RM100 setiap satu yang dibeli semua pembida yang hadir, menjadikan kutipan keseluruhan mencecah RM245,500.

Hamidi dalam pada itu tidak menolak kemungkinan jumlah peserta akan dihadkan pada masa akan datang memandangkan kekangan ruang, namun pihaknya turut berhasrat mendapatkan lokasi lebih luas bagi memberi keselesaan kepada pembida dan petugas.

"Buat masa ini lelongan awam dijalankan secara manual, namun pada masa akan datang kami merancang untuk melaksanakan sistem bidaan secara dalam talian di bawah seliaan ibu pejabat JPJ," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad