web statsweb stats

Berita Terkini

54 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 55 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Kongsi Maklumat Operasi SJR Di Aplikasi Waze - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 9:10AM

Azmi Abu Kassim berkata tindakan itu, hanya akan menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan pelbagai kesalahan trafik lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata tindakan itu, hanya akan menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan pelbagai kesalahan trafik lain.

Azmi berkata pengguna jalan raya harus sedar bahaya yang akan dihadapi disebabkan kecuaian daripada pemandu mabuk, melanggar lampu isyarat, memandu melawan arus dan sebagainya.

“Bagi individu yang tidak pernah terkesan dengan musibah diakibatkan oleh kecuaian dan kelalaian pesalah-pesalah trafik, tidak akan dapat merasakan keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung keluarga mangsa.

“Oleh itu, besarlah harapan saya agar orang ramai terutamanya pengguna jalan raya, memberi kerjasama kepada pihak polis daripada cuba membantu mereka yang melakukan kesalahan jalan raya ini,” katanya ketika berucap pada program ‘High Profile Policing’ di Wonderland Park, Taman Sri Murni, di sini malam ini.

Terdahulu, Azmi bersama Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai dan Pengerusi Eksekutif JL 99 Group Datuk Seri Jeff Lee, menghadiri program ‘High Profile Policing’ bagi menasihatkan masyarakat supaya peka terhadap jenayah yang berlaku, selain meningkatkan tahap kesedaran serta keselamatan komuniti setempat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad