web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Rasmi Satu Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 11:01AM

Anwar Ibrahim (kanan) bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan (kiri) - Gambar Twitter Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Singapura - Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura untuk lawatan rasmi luar negara ketiganya. Lawatan satu hari ini adalah pertama buat beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri. 

Sebaik sahaja mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 9.40 pagi, Perdana Menteri dibawa ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk taklimat.

Anwar dijadualkan untuk menghadiri acara Penamaan Orkid di Bilik Tetamu Istana sebelum bertemu Halimah.

Antara jam 11.50pagi hingga 12.20 tengah hari, Ahli Parlimen Tambun ini akan mengadakan pertemuan empat mata bersama Lee sebelum menghadiri mesyuarat delegasi. 

Perdana Menteri dijangka akan berbincang tentang isu data dan keselamatan siber, ekonomi digital dan dua rangka kerja untuk ekonomi hijau dan digital serta isu sensitif seperti sempadan maritim, ruang udara dan bekalan air bersama pemimpin negara jiran itu. 

Selepas itu kedua-dua perdana menteri akan menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian sebelum menghadiri majlis makan tengah hari rasmi. 

Anwar kemudiannya akan menuju ke Hotel Shangri La untuk menyaksikan upacara pertukaran Perjanjian Pembelian Elektrik Rentas Sempadan antara YTL PowerSeraya Pte. Limited dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pada jam 4.15 petang, Ahli Parlimen Tambun itu dijadualkan untuk bertemu dengan diaspora Malaysia yang berada di republik itu di Suruhanjaya Tinggi sebelum pulang ke Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang - The Vibes, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan